Kukkra Curry Resipi Sedap, Inilah Kari Ayam Nepal Tanpa Santan.

Kukkra Curry mesti ada yang tertanya apa dia sajian ini. Kukkra kari ni adalah sajian dari negara Nepal yang kita sebut kari ayam. Memang sedap sebab kari Nepal ni lain dari yang lain dan tak pakai santan. Yogurt asli menjadi antara bahan ramuan yang melazatkan lauk ini.

Empunya resipi ini belajar dari abang iparnya orang Nepal. Perkongsian resipi daripada Aslyna Hassan ni memang berbaloi dicuba. Kari ni bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi tapi makan dengan roti Arab atau segala jenis roti pun sedap melampau hingga menjilat jari.

KUKKRA CURRY

.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia

Kisarkan semua bahan yang bertanda *

  • 4 biji tomato | dipotong dadu
  • Ubi kentang | terpulang berapa biji
  • 1 tangkai daun ketumbar | letak lebih lagi sedap
  • 5 sudu besar yogurt asli | yang plain tiada perisa
  • 6 sudu besar penuh serbuk kari
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan tomato,kemudian masukkan ayam dan kentang, masukkan sedikit air.
4. Biarkan mendidih hingga ayam masak, kemudian masukkan yogurt. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang sudah siap dipotong-potong.
6. Sajian siap dihidang.

Berbaloi-baloi untuk dicuba.


.

Kredit : Aslyna Nor Hassan

ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS MEMASAK YANG BERKUALI DENGAN HARGA BERPATUTAN, JOM LAYARI DI SINI. TERDAPAT BANYAK PILIHAN MENARIK.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

5 Sajian Peha Ayam & Drummet , Mudah Dibuat Sedap Diratah.

The post Kukkra Curry Resipi Sedap, Inilah Kari Ayam Nepal Tanpa Santan. appeared first on RASA.

(Visited 5 times, 1 visits today)