‘Kucing Ni Lah Bantu Di Akhirat Nanti’- Selalu Beri Makan, Pakcik Kayuh Basikal Digelar ‘Hero Kucing’

Kucing merupakan haiwan yang mempunyai sifat sangat manja dan mudah akrab dengan manusia. Sifatnya yang sebegitu membuatkan mereka tidak takut akan manusia. Selain itu juga, kucing juga akan tahu bila seseorang itu bersifat mulia ataupun tidak. Kucing juga merupakan salah satu haiwan kesayangan Rasulullah. Tidak peliklah jika kucing juga merupakan binatang peliharaan kesayangan ramai.

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna laman Twitter, Tok Tek telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan seorang pakcik yang dikerumuni kucing-kucing jalanan yang berada di kawasan tersebut.

Pak Cik Berbasikal Dikejar Kucing

Menerusi video yang berdurasi 0.22 saat itu jelas sekali menunjukkan bahawa pakcik tersebut tetap di kejar kucing-kucing yang berkeliaran disitu walaupun dia belum memberhentikan basikalnya. Video tersebut yang mendapat lebih 400,ooo views, lebih 35,ooo retweets dan lebih 46,000 likes itu menjadi viral di laman Twitter.

  1. Vbk1Lbn0gEi2QHTf

Menerusi perkongsian tersebut juga, ramai yang mengenali pakcik tersebut kerana dia kerap memberi makan kepada kucing-kucing di kawasan tersebut. Dia yang semestinya bersikap pemurah itu membuatkan semua kucing di kawasan tersebut menanti kehadiran pakcik itu.

‘Ada Hero Ride Bicycles Je’ – Antara Komen Pengguna Twitter

Video pakcik tersebut yang menjadi viral itu menjadi bualan warga Twitter. Kebanyakan mereka mendoakan kesejahteraan dan di murahkan rezeki pakcik itu dan terharu dengan sikap yang ditunjukkan pakcik tersebut.

‘Kucing Ni Lah Yang Bantu Dia Kat Akhirat Nanti’

Sumber : Tok Tek

(Visited 2 times, 1 visits today)