Kristen Stewart Dilamar Jadi Puteri Diana Dalam Filem Baru ‘Spencer’

Pelakon utama filem Twilight, Kristen Stewart dilamar oleh Pablo Larrain yang merupakan film-maker tersohor untuk filem arahan terbarunya yang berkisarkan tentang kisah hidup Puteri Diana.

Filem terbaru yang bertajuk ‘Spencer’ ini bakal menyajikan kepada penonton tentang keputusan Puteri Diana menjadi wanita biasa selepas perkahwinannya tidak berjalan lancar.

Bagi menghidupkan watak Puteri Diana dalam filem arahan terbarunya ini, Pablo Larrain percaya aktres muda berbakat besar Kristen Stewart mampu membawa watak Puteri Diana dengan baik.

Pengalaman Hidup Kristen Sama Seperti Puteri Diana

Foto – Arkib Wanista

Menurut Pablo lagi, dirinya memilih Kristen memegang watak Puteri Diana adalah kerana pengalaman yang dialaminya sama seperti dikerumuni dengan paparazi dan wartawan, kisah hidupnya didokumentasikan, syarikat surat khabar gunakan hubungan percintaan Kristen sebagai bahan media.

Tidak cukup dengan itu, kisah skandal perpisahan Kristen bersama Robert Pattinson yang sehingga kini pun masih tersebar gosip tersebut dan apa yang Kristen rasai semua itu dapat memportraitkan Puteri Diana menerusi apa yang dia (Kristen) telah lalui.

Foto – Arkib Wanista (Salah satu Kristen Stewart dan Puteri Diana tentang ‘unspoken rules’ berkaki ayam, apa ada hal?)

Bukan itu saja, Pablo juga memilih Kristen membawa watak Puteri Diana kerana aura misteri dan kuat mempunyai keunikan sebagai seorang aktres. Serta personaliti Kristen dan Puteri Diana menentang terhadap ‘unspoked rules’ adalah sama, mereka lebih senang menjadi diri sendiri dari mengikut protokol.

Baik dari segi pengalaman sebagai seorang wanita dan aktres, Pablo yakin Kristen mampu membawa watak Puteri Diana dengan baik.

Filem ‘Spencer’ Berkisar Keputusan Puteri Diana Menjadi Wanita Biasa

Foto – Arkib Wanista

Menurut Pablo filem ini akan lebih memfokuskan hubungan Puteri Diana bersama Putera Charles dan anak-anaknya Putera William dan Puteri Harry.

Filem yang berkisarkan pada tahun 90an, di mana Puteri Diana membuat keputusan perkahwinannya bersama Putera Charles tidak berjalan dan dirinya membuat keputusan untuk keluar dari perjalanan menjadi permaisuri.

Foto – Arkib Wanista

Filem ini akan mengambil tempat tiga hari di salah satu lokasi terakhir Puteri Diana sebelum kemalangan iaitu House of Windsor yang terletak di estetnya Sandringham, Norfolk, England.

Pihak produksi filem ‘Spencer’ berkata set penggambaran akan bermula pada tahun 2021 nanti. Sama-sama kita nantikan filem hebat arahan Pablo Larrain dan lakonan Kristen Stewart akan datang.

Rujukan: 1, 2

The post Kristen Stewart Dilamar Jadi Puteri Diana Dalam Filem Baru ‘Spencer’ appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)