Koleksi Aneka Biskut Raya Sedap Berasaskan Cornflakes.

Biskut menggunakan emping jagung / cornflakes adalah antara biskut raya yang sangat digemari ramai. Bukan sahaja kerana rasanya yang sedap malah cara pembuatannya pun mudah. Bila dibakar, hmmmmm… aroma wanginya penuh satu rumah. Nak cuba buat untuk raya nanti? Berikut resipi-resipi yang boleh dicuba.

1. RESIPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

BAHAN-BAHAN:

  • 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar
  • 200g butter (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula kastor
  • 1 biji kuning telor

CARA MEMASAK:

  1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit… Boleh guna whisk dan masukkan telor
  2. Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes serta baking powder
    gaul sebati
  3. Panaskan oven terlebih dahulu 170C selama 10 mnt
  4. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
  5. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis
  6. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah…

Nota: Boleh tambah coklat cip jika suka.

Kredit resipi & foto: Shahira Sharif

2. CORNFLAKES MADU KARAMEL

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg cornflakes
  • 250gm gula
  • 250gm marjerin
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • Buah hiasan secukupnya – tak letak pun tak apa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan gula, marjerin dan susu. Panaskan sehingga berbuih. Guna api perlahan sahaja bagi elak hangit.
  2. Kemudian masukkan cornflakes dan kacau rata.
  3. Tambahkan buah kering dan gaul sekali lagi supaya semua bahan sekata. Padamkan api.
  4. Jemur seketikan kepingan cormflakes tadi sampai kering.
  5. Siap dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga dimasukkan dalam cawan kertas dan disimpan dalam balang biskut.

Kredit resipi & foto: Zarina Md Saad Nana

3. CORNFLAKES MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ketul buttercup
  • 1 cawan gula perang
  • 500gm cornflakes
  • 10 sudu makan madu

CARA MEMASAK:
1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api.
2. Masukkan madu. Kacau hingga rata.
3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas.
5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norasiah Samsudin

4. CORNFLAKES COKLAT

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm coklat masakan
  • 1 kotak cornflakes
  • 2 sudu makan mentega
  • Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat dan mentega dalam kuali.
2. Kemudian tuang coklat tadi ke dalam bekas berisi cornflakes. Gaul rata.
3. Masukkan cornflakes ke dalam cawan kertas dan hias ikut citarasa.
4. Tunggu coklat keras baru dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Min Hani

5. CORNFLAKES KISMIS BADAM CRUNCHY COOKIES

BAHAN-BAHAN:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes | diramas kasar
  • 200gm mentega atau marjerin
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 2 kotak kecik kismis kuning lego
  • 1/2 cawan badam hiris (dipanggang sebentar)

CARA MEMASAK:

  1. Gula dan mentegadipukul dalam 5 minit. Boleh guna pemukul dan masukkan telur.
  2. Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes,kismis, badam serta baking powder. Gaul sebati.
  3. Panaskan ketuharterlebih dahulu pada suhu 170C selama 10 minit.
  4. Sapu nipis permukaan loyang dengan marjerindan sudukan sedikit adunan pada loyang. Buat sampai habis.
  5. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.

Kredit resipi & foto: Anida Azmi

6. CORNFLAKES CHOC CHIP

BAHAN A:

  • 200gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil butter oil
    (* kacau pakai senduk kayu hingga sebati)

BAHAN B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh baking powder
    (* ayak tepung gandum& tepung jagung bersama baking powder)

BAHAN C:

  • 2 cawan cornflakes | diramas halus
  • 1/2 cawan choc chip

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan B ke dalam bahan A. Adun hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan C. Uli lagi hingga sekata.
  3. Bentukkan doh dan susun atas loyang pembakar.
  4. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Kredit resipi & foto: Siti Fatimah Ishak

7. BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES

BAHAN A:

  • 200gm mentega
  • 50gm shortening
  • 80gm gula aising
  • Secubit garam
    (Pukul semua bahan 2-3 minit)

BAHAN B:

  • 175gm tepung naik sendiri
  • 150gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh serbuk koko

(Satukan semua bahan B)

BAHAN C:

  • 50gm conflakes ( ramas kasar)
  • 50gm almond nibs ( goreng tanpa minyak sekejap..pastu biarkan sejuk)
  • 80gm coklat chips

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah dipukul tadi.Gaul rata guna senduk.
  2. Masukkan semua bahan C.Gaul rata. (adunan memang lembik).
  3. Dengan menggunakan sudu plastik, sudukan adunan sebesar duit syiling 20sen ke dalam tray.
  4. Hias dengan coklat chip dan almond flakes (badam hiris).
  5. Bakar selama 20-25 minit (hingga masak) pada suhu 180C menggunakan api atas dan bawah.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

The post Koleksi Aneka Biskut Raya Sedap Berasaskan Cornflakes. appeared first on RASA.

(Visited 4 times, 1 visits today)