Koleksi 10 Resepi Western Food Homemade Sedap Giler

Western food atau masakan barat adalah salah satu masakan yang mulai membanjiri negara ini sejak dekad kebelakangan ini. Masakan ini kebanyakannya dibawa masuk daripada negara seperti Itali, UK atau US. Antara ciri-ciri makanan barat ialah mempunyai sos krim, menggunakan cheese,kepingan daging yang dibakar bersama sos lada hitam dan pasta.

Koleksi kali ini membawa kepada anda 10 respei masakan barat paling digemari orang Malaysia yang biasa dijual di restoran mewah sahaja. Jom kita lihat!

1) Resepi Chicken Chop

Resepi ini disediakan menggunakan isi ayam lazimnya bahagian peha yang sedap berjus. Digoreng menggunakan bread crumb dan disaji bersama sos lada hitam, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 8 keping ayam bahagian ‘whole leg’ atau bahagian dada. Bersih dan toskan ia.

Bahan-bahan perasa

  • Sedikit daun parsley kering (pilihan)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan salutan tepung
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 3 biji telur
  • ‘Breadcrumbs’ secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng tenggelam secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula perasakan ayam dengan bahan-bahan perasa.
  • Perapkan semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam didalam petiais.
  • Kemudian celupkan ayam didalam telur sebelum menyalut tepung dan kemudian dengan ‘breadcrumb’.
  • Dengan minyak yang banyak dan sederhana panas, goreng ayam hingga berwarna keemasan.
  • Siap.

Resepi Kuah Black Pepper

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu makan lada hitam yang telah dikisar halus (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 ketul kiub ayam Maggi
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan butter
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter.
  • Kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong dadu tadi.
  • Masukkan tepung gandum dan kacau segera.
  • Segera masukkan air dan kacau hingga tepung tadi larut.
  • Masukkan kiub ayam dan biarkan ia larut.
  • Tambahkan lada hitam, sos tiram dan sedikir kicap untuk warna yang lebih hitam.
  • Masak sehingga pekat, tambah garam secukup rasa kerana kuah ini telah ditambah sos tiram dan kuib ayam.
  • Siap untuk dimakan bersama chicken chop.

2) Resepi Lasagna Cikgu Syu

Ini adalah masakan yang berasaskan pasta dan ianya berasal daripada Itali. Pastu yang diguna di dalamresipi ini ialah Lasonia iaitu sejenis kepingan pasta dicurah dengan 2 jenis sos.Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan sos merah

  • 2 tin kecil sos pasta tradisional (apa-apa jenama)
  • 300g daging atau ayam kisar
  • 1 tin cendawan butang dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana) dipotong dadu
  • Lada benggala (pilihan)
  • 2 sudu teh serbuk oregano
  • 2 sudu teh lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar butter
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula panaskan kuali, tambahkan butter
  • Apabila butter telah cair, tumiskan bawang putih
  • Masukkkan isi ayam atau daging.
  • Masak sehingga masak, kemudian masukkan cendawan dan lada benggala.
  • Kemudian masukkan sos pasta dan gaul hingga semua bahan sebati.
  • Taburkan serbuk oregano dan lada hitam.
  • Kemudian sejukkan.

Bahan sos putih

  • Susu full cream 1 kotak
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar butter (50g)
  • Garam
  • Cheese slice (cheddar) 4 keping

Kaedah

  • Panaskan butter, masukkan tepung, kacau.
  • Masukkan susu dan cheese kacau sebati sampai pekat
  • Masukkan garam, sejukkan.

Bahan lain

  • Lagsana 1 kotak
  • Mozarela slice (parut)
  • Penyediaan lasagna (10 org makan)
  • Mula-mula rendam lasagna degan air panas 10 min (Jgn rendam bertindih)
  • Gris bekas yang sesuai
  • Lapisan pertama : letak sos merah then sos putih then kulit lasagna
  • Lapisan kedua :ulang 2 kali
  • Lapisan paling atas tutup moza cheese
  • Bakar 180c anggaran masa 20-30 minit
  • Siap

3) Resepi Macaroni Cheese

Masakan ini adalah masakan menggunakan pasta dan juga cheese dan paling mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan ialah makaroni dan juga sos carbonara dan juga cheese. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus makaroni (rebus empuk)
  • 4 keping slice cheese (mozzarella atau cheddar)
  • ½ kotak susu full cream
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk
  • 1 sudu besar butter
  • 3 batang sosej yang dihiris
  • Mozzarella parut (pilihan)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula panaskan kuali dan masukkan butter.
  • Apabila butter telah cair, tumiskan bawang putih.
  • Kemudian tumiskan sisej yang telah dihiriskan.
  • Kemudian tuangkan susu full cream dan masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Kemudian masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul rata
  • Masukkan pula kepingan cheese, saya guna cheddar cheese.
  • Gaul rata dan tambahkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi.
  • Akhir sekali, sejurus sebelum dihidang tambahkan parutan cheese mozzarella.
  • Siap!

4) Resepi Spagettii Aglio Olio

Masakan ini banyak atau mudah ditemui di restoran-restoran yang menghidangkan masakan Barat. Ia mempunyai rasa yang sedap dan sangat sesuai terutamanya kepada peminat seafood. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan bahan

  • 500 gram spagheti angel hair
  • 1/4 cawan minyak
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 4 biji cili api (potong kecil)
  • 1/2 tsp red pepper/dried chilli flake (pilihan)
  • ½ cawan air
  • 1 kuib ayam
  • Garam
  • Coarse black pepper (pilihan )

Rencah makanan laut

  • 10 ekor udang besar (bersihkan dan tinggalkan bahagian ekor sedikit)
  • 5 ekor sotong ( potong kecil)
  • Baby Crab goreng tepung (pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula rebuskan spagetti hingga lembut.
  • Kemudian tumiskan bawang putih.
  • Masukkan cili api tunggu naik bau sebentar.
  • Masukkan sedikit air agar bahan tadi tidak hangit.
  • Masukkan juga kuib ayam dan hancurkan.
  • Masukkan sedikit garam.
  • Seterusnya masukkan sotong dan biarkan ia merenih dulu.
  • Masukkan udang dan tunggu ia bertukar warna.
  • Masukkan spagetti angel hair.
  • Dan kacau rata, masukkan daun parsli jika ada.
  • Siap!

5) Resepi Pizza Homemade

Kali ini kami bawakan resepi Pizza Homemade yang amat mudah, serta tidak menunggu masa yang lama untuk disediakan. Bagi toppingnya pula, boleh mengikut kepada kreativiti anda sendiri kerana tiada had untuk pizza anda sendiri.Resepi ini telah dikongsikan oleh Fatimah Saari dan mendapat banyak perkongsian serta likes di media sosial

pizza-homemade
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sdb marjerin
  • 2 sdb gula
  • 2 sdk yis
  • 1/2 cawan air suam

Bahan topping:

  • sos cili, sos tomato, mayonis
  • capsicum merah, hijau, kuning
  • sosej
  • bawang holland
  • tomato
  • lobak
  • cheddar cheese
  • mozarella cheese

Cara – cara memasak:

  • Bancuh yis dan gula dengan air suam. Biar sampai berbuih.
  • Gaul tepung dan marjerin.
  • Masuk air bancuhan yis tadi
  • Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Uli lagi lama lagi lembut.
  • Biarkan sebentar sampai doh naik 2x ganda.
  • Tumbuk doh keluarkan angin
  • Leperkan atas pan ,cucuk – cucuk sedikit dengan garfu dan letak topping
  • Bakar suhu 170- 35minit.

6) Resepi Sup cendawan & Garlic Bread

Resepi kali ini telah dikongsikan oleh Izrin Hariri dan ramai telah kongsikan resepi ini di Facebook. Satu lagi menu yang sangat digemari yang ringkas dan sangat mudah untuk disediakan sendiri di rumah anda boleh mencuba nya menggunakan resipi seperti berikut.

sup-cendawan-dan-garlic-bread
Image via Facebook

Bahan – bahan:

Sup Cendawan

  • 5 biji cendawan butang (fresh) saya potong kecil-kecil
  • Separuh bawang holland (dadu kecil),
  • 2 ulas bawang putih (minced/potong halus),
  • Butter 2 sudu (untuk menumis),
  • Susu segar,
  • Tepung jagung (dibancuh air sejuk)
  • Garam dan daun parsley flakes (pilihan)

Croutons

  • Roti sekeping
  • Butter
  • Garlic Bread
  • Butter suhu bilik,
  • Parsley flakes
  • Minced garlic (bawang putih hancur)

Langkah – langkah:

  • Sup Cendawan
  • Tumis bawang holland sehingga naik bau dengan butter.
  • Masukkan cendawan dan tumis sehingga layu.
  • Masukkan bawang putih dan tumis semua.
  • Tuang susu segar ke dalam pot dan kacau. (Sukatan susu adalah bergantung pada kuantiti yang anda inginkan)
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dalam sup dan tengok tekstur sup kalau cair, tambah lagi air bancuhan tepung jagung sampai likat.
  • Perasa dengan garam. Tunggu sehingga sup mendidih untuk butter betul-betul bercampur dengan sup.

Croutons:

  • Sapu butter atas lapisan roti.
  • Potong kecik-kecik
  • Sapu lapisan tray dengan butter
  • Toast dalam oven (150 celcius – 15 min) atau sehingga warna keperangan.
  • *croutons boleh juga dimakan sengan salad. Kalau nak letak seasoning sebelum toast pun boleh (garlic powder ke atau apa – apa)

Garlic Bread

  • Campur butter dengan bawang putih yang telah dihancur.
  • Sapu atas roti.
  • Bakar dalam oven guna suhu di atas dan bawah
  • Siap

7) Resepi Spagetti Chili Tuna

Satu lagi resipi pasta yang sangat digemari. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nooraein Baharudin di Facebook beliau dan mendapat banyak shares. Pasta adalah masakan yang dibawa daripada Itali. Biasanya ia dimakan bersama sos ataupun digoreng sahaja seperti resipi berikut yang boleh anda cuba sendiri

Bahan – bahan:

  • 1 peket spaghetti
  • 1 tin cendawan butang (hiris2)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (minced)
  • 2 tin tuna flakes/chunks in olive oil
  • 2 sb chili flakes
  • 1 sb italian herbs
  • 3 sb minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam

Cara – cara memasak:

  • Rebus spaghetti sehingga lembut.
  • Panaskan minyak, tumis bawang & bawang putih sampai naik bau.
  • Kemudian, masukkan tuna dan gaul sebati, masukkan chili flakes, herbs, garam & air biarkan mereneh sekejap.
  • Akhir sekali, masukkan cendawan dan akhir sekali spaghetti. gaul sebati. Siap!

8) Resepi Alfredo Angel Hair

Resipi ini menggunakan pasta yang digabungkan dengan cheese dan sos krim alfredo. Pasta yang diguna dalam resipi ini ialah angel hair. Ia mempunyai rupa yang lebih halus dan rasanya lebih berkanji. Berikut adalah bahan yang anda perlukan.

Bahan-bahan

  • ½ peket pasta angel hair
  • ¼ cawan mentega (salted)
  • 2 keping cheddar
  • Serbuk lada hitam kasar
  • 1 cawan krim putar
  • Secubit garam

Bahan rencah

  • Ayam
  • Sosej
  • Crab stick
  • Udang
  • (Terpulang pada citarasa)

Cara penyediaan:

  • Rebus pasta di dalam air mendidih bergaram.
  • Kacau sesekali hingga ia menjadi tak keras sangat, tak lembik sangat.
  • Bila anda gigit, ia sedikit kenyal.
  • Tuskan pasta tersebut, tapi simpankan air rebusan itu sebanyak 2 cawan.

Kuah Alfredo

  • Mula-mula tumiskan semua bahan rencah dan ketepikan.
  • Di dalam pan besar dengan api biasa, tuangkan 1 cawan air rebusan.
  • Biarkan ia mereneh, kemudian masukkan butter, sekeping demi sekeping dan kacau dengan whisk hingga ia cair.
  • Teruskan kacau dan masukkan keju cheddar sedikit demi sedikit.
  • Pastikan ia dah betul-betul cair dan sebati sebelum menambahkan lagi keju ke dalam pan itu.
  • Tambahkan bahan rencah tadi.
  • Kemudian masukkan pasta dan air rebusan lagi sedikit dan gaul hingga sos keju betul-betul menyaluti pasta.
  • Untuk hidang, taburkan sedikit lada hitam dan lagi banyak cheese parut ke atas pasta anda.
  • Siap!

9) Resepi Meatball and Sos Gravy Ikea

Jika berkunjung ke Ikea, resepi ini menu ini masakan ini selalu mendapat permintaan yang tinggi. Menuini sangat popular di restoran tersebut namun begitu sebenarnya cara untuk menyediakannya tidaklah susah seperti resipi berikut yang boleh anda cuba sendiri

Bahan-bahan

  • ½ peket meat ball segera (rebus atau grill)

Bahan Sos

  • 2 tbsp butter
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 1/2 tbsp tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp sos tomato
  • 1 sudu kecik kicap manis (sekadar untuk hitam sahaja)
  • 2 tbsp serbuk lada hitam

Kaedah

  • Panaskan butter
  • Tumis bawang putih
  • Masukkan bawang besar potong dadu
  • Masukkan tepung gandum
  • Kacau segera
  • Tambahkan air atau susu
  • Kacau sehingga sebati
  • Masukkan kuib ayam/daging
  • Kacau sehingga ia sebati
  • Masukkan sedikit sos tomato dan sos tiram
  • Tambah kicap sekadar untuk dapatkan warna hitam
  • Akhir sekali tambahkan serbuk lada hitam
  • Masak sehingga serasi, tambah garam jika kurang masin.
  • Tunggu sejuk sedikit dan kisar agar semua bahan sebati.
  • Siap!

Penyediaan meatball IKEA

  • Ambil meatball dan tuang sos blackpepper.
  • Hidang bersama jem strawberi jika anda suka.
  • Siap!

10) Resepi Meatball Carbonara

Sos cabonara yang digabungkan bersama meatball kemudian ianya dibakar bersama parutan cheese mozarella dan juga cheese cheddar. Ianya sangat sedap dan bagi anda yang ingin mencuba nya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Bebola daging/ayam
  • 1 tin sos preego carbonara mushroom (tin biru)
  • 1/2 cawan fresh milk
  • 1 biji bawang holland(potong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu)
  • Sedikit blackpepper(tumbuk kasar2)
  • Mozarella cheese/cheese slice pon boleh

Kaedah

  • Goreng bebola daging guna sedikit olive oil
  • 1biji bawang holland dan 1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu).
  • Boleh juga digoreng sekali dengan meatball tadi. Ketepikan.
  • Masukkan meatball, bawang dan capsicum tadi dlm bekas aluminium foil
  • Dalam pan lain, masukkan satu tin sos carbonara mushroom.
  • Masak sehingga mendidih. Masukkan 1/2 cawan fresh milk dan blackpper.
  • Tutup api.
  • Tuangkan sos carbonara sehingga menutupi meatball
  • Tabur cheese.
  • Bakar 10-15minit pada suhu 170°c.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi yang telah dapat kami kumpulkan sebagai rujukan bagi anda yang berminat untuk mencuba masakan Barat ini sendiri, hidangkan kepada keluarga anda.. Sebenarnya anda dapat berjimat banyak jika anda menyediakan sendiri masakan barat dan dengan ini anda akan rasa lebih yakin akan status halalnya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 5 times, 1 visits today)