Koleksi 10 Resepi Pasta Paling Digemari Mudah

Pasta merupakan sejenis masakan yang berasal daripada Itali. Pasta daripada diperbuat daripada tepung, air dan garam kemudian ianya diproses dan dikeringkan supaya ia tahan lebih lama. Pasta mempunyai beberapa jenis namun kali ini kita akan menghimpunkan 10 resepi pasta yang paling popular di negara kita ini.

Pasta lazimnya dimakan bersama pelbagai jenis sos, berikut adalah antara resepi-resepi yang paling digemari oleh orang kita.

1) Resepi Spaghetti Aglio Olio

Pasta ini menggunakan makanan laut sebagai bahan utamanya. Pasta yang digunakan ialah angel hair dimana ianya lebih halus berbanding pasta spageti. Cara membuatnya amat ringkas dan rasanya pula amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan bahan

  • 500 gram spagheti angel hair
  • 1/4 cawan minyak
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 4 biji cili api (potong kecil)
  • 1/2 tsp red pepper/dried chilli flake (pilihan)
  • ½ cawan air
  • 1 kuib ayam
  • Garam
  • Coarse black pepper (pilihan )

Rencah makanan laut

  • 10 ekor udang besar (bersihkan dan tinggalkan bahagian ekor sedikit)
  • 5 ekor sotong ( potong kecil)
  • Baby Crab goreng tepung (pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula rebuskan spagetti hingga lembut.
  • Kemudian tumiskan bawang putih.
  • Masukkan cili api tunggu naik bau sebentar.
  • Masukkan sedikit air agar bahan tadi tidak hangit.
  • Masukkan juga kuib ayam dan hancurkan.
  • Masukkan sedikit garam.
  • Seterusnya masukkan sotong dan biarkan ia merenih dulu.
  • Masukkan udang dan tunggu ia bertukar warna.
  • Masukkan spagetti angel hair.
  • Dan kacau rata, masukkan daun parsli jika ada.
  • Siap!

2)Resepi Spagetti Chilli Tuna

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nooraein Baharudin. Pasta kali ini menggunakan spageti dan juga cili tunang. Ianya seperti biasa amat ringkas dan mudah untuk disediakan beriku tak adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 peket spaghetti
  • 1 tin cendawan butang (hiris2)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (minced)
  • 2 tin tuna flakes/chunks in olive oil
  • 2 sb chili flakes
  • 1 sb italian herbs
  • 3 sb minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam

Cara – cara memasak:

  • Rebus spaghetti sehingga lembut.
  • Panaskan minyak, tumis bawang & bawang putih sampai naik bau.
  • Kemudian, masukkan tuna dan gaul sebati, masukkan chili flakes, herbs, garam & air biarkan mereneh sekejap.
  • Akhir sekali, masukkan cendawan dan akhir sekali spaghetti. gaul sebati. Siap!

3)Resepi Spagetti Aglio Oglio Seafood

Resepi-Spagetti-Aglio-Oglio-Seafood
Imej via Facebook

Spaghetti Aglio Oglio ini dikongsikan oleh Maya Miera. Olio anglio sememangnya amat diminati oleh orang kita namun versi ini adalah sedikit berbeza berbanding dengan yang dikongsikan sebelum ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • Sebungkus spaghetti (direbus letak minyak dan garam)
  • Udang (goreng dan asingkan)
  • Sotong (goreng dan asingkan)
  • 4-5 ulas bawang putih (dihiris)
  • Brokoli (direbus sebentar)
  • Cendawan (dihiris)
  • Tomato ceri
  • Daun parsli
  • 2-3 potong cili kering (dipotong serong)
  • 1/2 cawan air rebusan spaghetti

Bahan B:

  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu garam
  • 1-2 sudu besar chili flakes
  • 1 sudu lada hitam
  • oregano

Cara – cara memasak:

  • Tumiskan bawang putih sehingga garing.
  • Masukkan cendawan dan kacau – kacaukan.
  • Masukkan kesemua bahan – bahan kecuali spaghetti.
  • Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sehingga sebati.
  • Siap!

4)Resepi Makaroni Bakar Cheese

makaroni-bakar-cheese
Imej via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Adinie Syahadinie dan banyak mendapat likes di sosial media, ianya amat mudah. Namun ia juga mendapat banyak permintaan, bagaimanapun pasta yang digunakan kali ini ialah makaroni. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Makaroni (rebus)
  • Meatball
  • Lada benggala
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Tomato (potong dadu)
  • Sos pasta prego (tin biru)
  • Cheese slice 2 keping
  • Perencah berlada hitam maggi
  • Butter 2 sudu mkn
  • Susu cair 1/2 tin

Cara – cara memasak:

  • Rebuskan makaroni dan toskan.
  • Gorengkan meatball sekejap.
  • Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang holand yang potong dadu hingga naik bau dan masukkan lada benggala, tomato masak sekejap dan masukkan perencah berlada hitam setengah paket kacau rata, masukkan sedikit air.
  • Masukkan sos pasta prego, susu cair dan meatball kacau biar sebati.
  • Akhir sekali, masukkan cheese slice 2 keping kacau biar pekat dan tutup api.
  • Tuang semua dalam loyang.
  • Susun cheese atas sekali pastu picit nancos cheesy dan bakar pada suhu 180C, selama 15 minit.

5)Resepi Spaggethi Goreng

spaghetti-goreng
Imej via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Nora Azni, spageti goreng dimasak seperi mana kita menggoreng mee. Namun sedikit perbezaannya ialah bahan-bahan seperti minyak zaitu dan serbuk oregano. Berikut-berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan – bahan:

  • Sebungkus spaghetti
  • Dada ayam (dipotong kecil)
  • 8 ekor udang ( buang kulit belah belakang)
  • 7 ulas bawang putih ( cincang)
  • Tomato ( potong dadu)
  • 3 sudu besar serbuk cili/chili flakes
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 sudu besar olive oil
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit pepper dan gula

Langkah – langkah memasak:

  • Rebus air bersama sedikit minyak dan sedikit garam.
  • Bila dah mendidih, masukkan spaghetti.
  • Kacau-kacau supaya mudah masakSementara tunggu spaghetti lembut, panaskan olive oil, tumiskan bawang putih.
  • Kemudian, tambahkan chili flakes, oregano dan 1 sudu besar cili giling (Kacau-kacau jangan bagi hangit)
  • Masukkan udang dan ayam, biarkan sekejap supaya ayam masak.
  • Tambahkan 2 kiub pati ayam, sedikit gula untuk seimbangkan rase pedas.
  • Sekarang boleh masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.
  • Akhir sekali, masukkan tomato dan sedikit pepper.
  • Kacau-kacau supaya semua sebati.

6) Resepi Spaghetti Carbonara Berkrim

spaghetti carbonara
Imej via Facebook

Resepi berikut ialah hasil perkongsian daripada Nor Al Fatihah di laman Facebook. Ia menggunakan spageti dan juga krim. Mempunyai rasa yang lebih berlemak berkrim ,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Sos Carbonara :

  • 1 sudu besar marjerin,
  • 1 biji bawang besar holland dicincang,
  • 4 ulas bawang putih dicincang,
  • 1 cawan daging kisar (guna ayam kisar pun boleh),
  • 5 batang sosej dipotong kecil,
  • Meatball homemade (daging kisar tambah bawang merah dan bawang putih cincang, serbuk lada hitam, garam, telur dan tepung jagung),
  • 1 tin cendawan butang,
  • 665 gram @ 2 tin sos carbonara mushroom Prego,
  • 2 cawan susu segar,
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam,
  • Sedikit oregano flakes (optional),
  • 2 keping cheese (optional),
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  • Cairkan marjerin. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  • Masukkan daging/ayam kisar dan bebola daging. Kacau hingga bertukar warna perang sedikit.
  • Campur sosej dan cendawan. Kacau lagi biar masak.
  • Tabur serbuk lada hitam dan oregano flakes.
  • Kemudian, tuang sos carbonara, susu, cheese dan garam. Didihkan sekejap hingga agak pekat. Siap.
  • Spaghetti direbus hingga lembut dalam air mendidih (campur sedikit garam dan minyak supaya tidak melekat).
  • Bila ingin makan baru tuang sos carbonara ke atas spaghetti.

7) Resepi Lasagna Cikgu Syu

Resepi ini amat istimewa dan cara membuatnya juga sedikit rumit. Ini kerana lasagna dibuat menggunakan tiga jenis lapisan iaitu lapisan sos merah,sos putih dan lasagna. Lasagna adalah sejenis pasta yang berkeping dan lebar. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan sos merah

  • 2 tin kecil sos pasta tradisional (apap-apa jenama)
  • 300g daging atau ayam kisar
  • 1 tin cendawan butang dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana) dipotong dadu
  • Lada benggala (pilihan)
  • 2 sudu teh serbuk oregano
  • 2 sudu teh lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar butter
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula panaskan kuali, tambahkan butter
  • Apabila butter telah cair, tumiskan bawang putih
  • Masukkkan isi ayam atau daging.
  • Masak sehingga masak, kemudian masukkan cendawan dan lada benggala.
  • Kemudian masukkan sos pasta dan gaul hingga semua bahan sebati.
  • Taburkan serbuk oregano dan lada hitam.
  • Kemudian sejukkan.

Bahan sos putih

  • Susu full cream 1 kotak
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar butter (50g)
  • Garam
  • Cheese slice (cheddar) 4 keping

Kaedah

  • Panaskan butter, masukkan tepung, kacau.
  • Masukkan susu dan cheese kacau sebati sampai pekat
  • Masukkan garam, sejukkan.

Bahan lain

  • Lagsana 1 kotak
  • Mozarela slice (parut)

Penyediaan lasagna (10 orang makan)

  • Mula-mula rendam lasagna degan air panas 10 min (Jgn rendam bertindih)
  • Gris bekas yang sesuai
  • Lapisan pertama : letak sos merah then sos putih then kulit lasagna
  • Lapisan kedua :ulang 2 kali
  • Lapisan paling atas tutup moza cheese
  • Bakar 180c anggaran masa 20-30 minit
  • Siap

8) Resepi Macaroni Cheese

Resepi ini amat istimewa kerana ia dibuat dengan begitu ringkas sekali. Ia amat sesuai untuk semua lapisan orang yang menggemari pasta. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus makaroni (rebus empuk)
  • 4 keping slice cheese (mozzarella atau cheddar)
  • ½ kotak susu full cream
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk
  • 1 sudu besar butter
  • 3 batang sosej yang dihiris
  • Mozzarella parut (pilihan)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula panaskan kuali dan masukkan butter.
  • Apabila butter telah cair, tumiskan bawang putih.
  • Kemudian tumiskan sisej yang telah dihiriskan.
  • Kemudian tuangkan susu full cream dan masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Kemudian masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul rata
  • Masukkan pula kepingan cheese, saya guna cheddar cheese.
  • Gaul rata dan tambahkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi.
  • Akhir sekali, sejurus sebelum dihidang tambahkan parutan cheese mozzarella.
  • Siap!

9) Resepi Makaroni Goreng Tepung

Resepi ini agak istimewa kerana ia menggunakan pasta sebagai snek. Pasta yang digunakan ialah makaroni. Ia direbus kemudian disalut tepung dan digoreng. Sesuai dijadikan snek atau kudap-kudapan,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ bungkus makaroni
  • Tepung goreng bestari secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula rebus makaroni separuh masak.
  • Toskam dan biarkan ia sedikit suam.
  • Kemudian taburkan dengan tepung goreng bestari.
  • Dengan menggunakan minyak banyak dan panas, goreng makaroni hingga garing.
  • Tos makaroni yang telah digoreng.
  • Nikmati ia apabila telah sejuk sedikit dan simoan didalam bekas kedap udara.
  • Siap!

10) Resepi Mixed Alfredo pasta

Alfredo menrupakan sejenis sos putih yang diperbuat dari krim dan cheese. Ia paling sedap dimakan bersama pasta, pasta yang digunakan kali ini ialah Angel hair iaitu sejenis pasta seperti spageti tetapi lebih halus. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 340 gram pasta angel hair Garam
  • ¼ cawan mentega (unsalted)
  • 2 keping cheddar
  • Serbuk lada hitam kasar

Bahan rencah

  • Ayam
  • Sosej
  • Crab stick
  • Udang
  • (Terpulang pada citarasa)

Cara penyediaan:

  • Rebus pasta di dalam air mendidih bergaram.
  • Kacau sesekali hingga ia menjadi(tak keras sangat, tak lembik sangat).
  • Bila anda gigit, ia sedikit kenyal.
  • Tuskan pasta tersebut, tapi simpankan air rebusan itu sebanyak 2 cawan.

Kuah alfredo

  • Mula-mula tumiskan semua bahan rencah dan ketepikan.
  • Di dalam pan besar dengan api biasa, tuangkan 1 cawan air rebusan.
  • Biarkan ia mereneh, kemudian masukkan butter, sekeping demi sekeping dan kacau dengan whisk hingga ia cair.
  • Teruskan kacau dan masukkan keju cheddar sedikit demi sedikit.
  • Pastikan ia dah betul-betul cair dan sebati sebelum menambahkan lagi keju ke dalam pan itu.
  • Tambahkan bahan rencah tadi.
  • Kemudian masukkan pasta dan air rebusan lagi sedikit dan gaul hingga sos keju betul-betul menyaluti pasta.
  • Untuk hidang, taburkan sedikit lada hitam dan lagi banyak cheese parut ke atas pasta anda.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi berasakan pasta yang dapat kami kumpulkan ddalam koleksi kali ini. Diharap anda akan sudi mencuba menjadikan koleksi ini sebagai sumber rujukan anda. Resepi disini ialah resepi yang telah dicuba dan ternyata menjadi. Jangan lupa kongsikan bersama rakan dan taulan anda, selamat mencuba!

(Visited 1 times, 1 visits today)