Koleksi 10 Resepi Menu Kedai Mamak Boleh Buat Sendiri

Kedai mamak merupakan salah satu port lepak yang paling digemari. Tambahan pula apabila kini ada kedai mamak yang buka sehingga 24 jam, disitu anak muda lepak terutama bila ada siaran langsung bola liga eropah atau piala dunia. Namun ramai juga orang lepak mamak kerana suka akan masakan mamak itu sendiri. Masakan mamak terkenal dengan makanan mempunyai rempah ratus seperti kari kelapa ikan, daging hitam,nasi beriani dan macam-macam lagi.

Kali ini kami akan kongsikan kepada anda 10 resepi yang telah menjadi menu dikedai mamak yang boleh anda cuba sendiri dirumah. Mari lihat resepi-resepinya.

1)Resepi Daging Hitam Berempah Mamak

Resepi ini dikongsikan oleh Nani Elyani Zaini dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Daging Hitam Berempah merupakan hidangan yang selalu dimakan bersama nasi kandar dan jikadikenduri kahwin ia dihidang bersama nasi minyak. Ianya mempunyai rasa rempah yang kuat, digabungkan bersama rasa manis daripada daging.

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Serai
  • Air asam jawa

Cara – cara memasak:

  • Kisar semua bahan di atas. Kemudian, bahagi kepada 2 bahagian. 1 untuk perap daging dan satu lagi untuk tumis.
  • Perap daging dengan bahan blend, kicap manis dan sos tiram selama satu jam.
  • Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan serta serai ketuk sehingga naik bau.
  • Masukkan lebihan bahan kisar serta cili kering yang telah dikisar dan cili api jika hendak pedas. Tumis sehingga naik minyak.
  • Masukkan perapan daging dan air asam jawa. Tambahkan kicap jika tidak cukup hitam.
  • Masak sehingga daging empuk dan sedikit kering.
  • P/s: Resepi ini hanya menggunakan kicap manis secukup masa. Boleh letak garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.

2) Resepi Kari Terung Udang

Jika kekedai mamak bagi peminat tentu rasa teruja melihat kari udang mamak. Ia sememangnya menarik jika dicuba kerana rasa yang sedap. Anda juga boleh mencuba sendiri menggunakan resepi seperti dibawah ini.

Bahan utama

  • 10 ekor udang galah

Bahan lain

  • 350 gm terung panjang
  • 30 gm serbuk kari ikan,dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 600 ml santan
  • 2 sudu makan air asam java
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis

  • 1 biji bawang besar,hiris halus
  • 6 ulas bawang merah,belah 2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba
  • 4-5 sudu makan minyak

Kaedah

  • Panaskan minyak and tumis bahan tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi perang. Masukkan pes kari dengan sedikit air tumis hingga naik miyak.
  • Masukkan terung dan kacau rata.
  • Masukkan santan dan air asam kacau rata dan biarkan masak hingga terung 1/2 masak masukkan udang dan garam kacau dan masak hingga terung masak.
  • Siap

3) Resepi Kari Sotong

Sotong juga selalu terdapat dikedai mamak, biasanya ia dimasak dengan kari,menjadikan ia masakan yang amat mengiurkan dan memikat. Namun harga kari sotong dikedai mamak tidaklah murah,jadi bagi anda yang ingin masak sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk halus

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan untuk rempah tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari

Kaedah

  • Panaskan minyak di dalam periuk.
  • Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus.
  • Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  • Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  • Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
  • Siap.

4) Resepi Ayam Goreng Berempah

Hanya dikedai mamak,ayam gorengnya sedikit berbeza.Ia mempunyai warna yang lebih merah,lebih berkerak dan punya rasa sedapnya yang tersendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Sebelah ayam yang telah dipotong
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Bahan-bahan kisar

  • Bawang besar sebelah
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia seinci
  • Serai 1 batang
  • Segenggam cili kering yang telah direbus dan dibuang bijinya

Bahan-bahan salutan tepung

  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh serbuk bawang merah (pilihan)
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih (pilihan)
  • 1 sudu teh serbuk mix herb (pilihan)
  • Segenggam daun kari
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan perasakan dengan garam dan serbuk kunyit
  • Kisar bahan-bahan kisar dan tuang ke dalam bekas berisi ayam tadi.
  • Biarkan lebih kurang 30 minit
  • Campur kesemua bahan-bahan salutan tepung dan ambil 2 sudu besar campuran ini dan campurkan dengan ayam yang diperap tadi.
  • Panaskan minyak didalam kuali, dengan suhu yang sederhana.
  • Sedia untuk mengoreng, salut ayam dengan tepung salutan sehingga meliputi keseluruhan bahagian ayam,
  • Goreng ayam dengan api yang sederhana, kerana dikhuatiri ayam garing diluar tetapi mentah didalam.
  • Boleh ditoskan sebelum dihidangkan.
  • Siap.

5) Resepi Telur Rebus Separuh Masak

Sarapan pagi dikedai mamak sebab telur dikedai mamak tidak sama bila biat dirumah? Apakata anda cuba resepi ini kerana ia hampir 100 peratus sama seprti dikedai mamak. berikut adalah cara-caranya yang anda cuba sendiri.

Alat yang digunakan

Bahan-bahan utama

  • Telur 2 biji
  • Air secukupnya
  • Bekas merebus telur.
  • Kicap dan lada sulah

Kaedah

  • Masak air hingga panas mengelegak.
  • Masukkan dalam bekas hingga kegarisan paling atas.
  • Tunggu sehingga air habis keluar.
  • Siap dan bolehlah dipecahkan dan ditambah kicap dan lada sulah.

6) Resepi Roti Puri

Ramai tidak sedar tetapi roti puri juga terdapat dikedai mamak. saiznya lebih besar berbanding kita buat dirumah, namun resepi roti puri yang berikut boleh anda cuba sendiri dan rasanya sama sedap seperti dikedai mamak.

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • 1/4 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).
  • 1/2 sudu kecil gula.
  • Air suam secukup untuk membuat doh.

Kaedah

  • Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.
  • Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati.
  • Biarkan doh tersebut dalam bekas tertutup selama 20 minit.
  • Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran seperti bola tenis.
  • Guna dua helai plastik sebagai lapik,supaya ia tidak melekat semasa leperkan doh roti puri.
  • Panaskan minyak dalam kuali hingga betul-betul panas. Ia untuk menghasilkan kembungan yang cantik.

7) Resepi Maggi Goreng Ala Mamak

Satu lagi resepi yang digemari jika dikedai mamak ialah maggi goreng. rasanya amat sedap. ara membuatnya juga amat mudah. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Sepeket maggi kari
  • 1 biji telur
  • Sayur sawi secukupnya
  • Lobak merah (pilihan)
  • Rencah udang atau sosej (pilihan)

Kaedah

  • Rebus mee maggi hingga empuk, alih dan terus alirkan bawah air paip.Tujuannya supaya mee tidak terlebih masak.
  • Goreng rencah dulu separuh masak.
  • Panaskan minyak,masukkan sayur ( pilihan)
  • Pecahkan telur. Kacau agar telur hancur.
  • Terus masukkan mee, buat sebelum telur itu kering.
  • Taburkan serbuk rencah atas mee. Gaul mesra dan masukkan rencah udang atau sosej tadi.
  • Gaul semua hingga mesra.
  • Siap. Boleh dihidang terus.

8) Resepi Nasi Beriani Gam

Nasi Beriani Gam, salah satu hidangan yang terdapat dikedai mamak dan ia amat sebati dengan kita semua. Rasanya amat lazat dan mengenyangkan. Namun begitu harganya agak mahal walaupun rasanya amat sedap.Resepi ini telah dikongsikan oleh Sue Syafieqa Balqis dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Anda boleh cuba sendiri resepi sepertimana resepi berikut.

nasi-beriani-gam
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cawan beras moghul faiza
  • Ayam separuh potong sederhana
  • 1 senduk rempah beriani mak siti
  • 4 cawan air (guna cawan yg sama sukat beras)
  • Bawang merah dan putih dihiris
  • Sedikit 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih)
  • Sedikit daun pudina
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 1 sudu minyak sapi
  • Setengah senduk minyak masak

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
  • Masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan dan ditumis sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit bersama air dan tumis dehingga naik minyak.
  • Apabila rencah sudah pecah minyak, masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa dan masukkan 1 cawan air.
  • Apabila sudah didih masukkan ayam dan kacau.
  • Tutupkan masakan supaya ayam cepat masak dan selepas ayam sudah masak, masukkan daun pudina dan tomato di atas ayam.
  • Masukkan beras yang sudah dibasuh lalu masukkan air 3 cawan rata.
  • Tutupkan masakan dan biarkan mendidih sehingga kering.
  • Apabila sudah kering, kecilkan api dan titikkan pewarna kuning di atas nasi.
  • Jangan kacau terus, tutupkan biar nasi betul – betul kering. Apabila sudah kering, gaulkan.
  • Siap!

9) Resepi Roti Canai

Roti Canai adalah antara makan sarapan pagi paling digemari oleh semua orang. bagi anda yang mencuba sendiri resepi ini,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 kg tepong gandum
  • 3 sdb minyak masak
  • 2 sdb susu pekat
  • 1 1/2 sdt garam

Kaedah

  • Uli dgn air biasa jek.
  • Uli dan uli sampai doh kental dan lembut.
  • Buat besar mcm bola golf dan lumur dgn minyak sapi. Perap 4 jam baru lah menebar.

10)Resepi Sup kambing

Sup kambing amat digemari terutama ketika cuaca sejuk. Jika dikedai mamak ini adalah antara kegemaran pelanggan. Makan dengan nasi atau roti, sup kambing sentiasa mendapat permintaan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 700 gm daging kambing ( saya gunakan kambing kiub beku)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji kentang saiz sederhana ( kupas belah 4)
  • 1 pokok daun sup, kerat kasar
  • 1/2 camca besar lada hitam, tumbuk halus
  • 1 1/2 camca besar rempah sup Adabi*
  • 1 camca besar penuh rempah kurma Adab + 1/2 cawan air (jadikan pes)
  • 5 biji bawang merah kecil. hiris
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

Bahan kisar

  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Kaedah

  • Gaul daging kambing dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata.
  • Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama rempah tumis, lada hitam tumbuk, daun sup yang dikerat kasar dan air secukupnya.
  • Kacau dan masak hingga mendidih.
  • Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan).
  • Goreng bawang merah hiris hingga perang, pastikan jangan hangus.
  • Kemudian masukkan bahan2 kisar halus dan kacau rata.
  • Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Kemudian masukkan rempah yang ditumis tadi ke dalam periuk berisi daging kambing.
  • Kacau rata dan terus merebus hingga daging kambing empuk.
  • Masukkan kentang dan kacau dan jika perlu tambah sedikit air panas.
  • Masak hingga kentang empuk.
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  • Cedok sup kambing ala mamak ke dalam mangkuk sesuai, tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  • Hidangkan bersama roti atau nasi.

“Nak ke tak nak lepak mamak nak ke tak nak” , begitu popular kedai mamak sehingga ada lagu diciptakan untuk kedai mamak. Satu perkara menarik tentang kedai mamak ialah pengunjungnya tidak mengira bangsa atau agama. Malah tidak kekok langsung bila kita lihat orang Melayu , Cina atau India duduk sebelah menyebelah sambil menikmati pelbagai hidangan kedai mamak. Inilah Malaysia, negara majmuk yang kita banggakan.

Jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat dimanafaatkan bersama, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 7 times, 1 visits today)