Koleksi 10 Resepi Masakan Viral Ramai Kata Sedap Giler

Koleksi kali ini akan membawa kepada 10 resepi masakan viral. Resepi viral bermaksud resepi-resepi yang telah mendapat banyak like dan share. Bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia, terutamanya negara Korea resepi viral sentiasa digemari. Kebiasaannya masakan-masakan viral ini diolah dari resepi biasa menjadi luarbiasa dan terus meletop menjadi viral!

Apakah tarikannya? Jom lihat 10 resepi viral yang telah kami kumpulkan dalam koleksi kali ini yang mungkin memberi anda jawapan tentang tarikan resepi-resepi viral ini.

1) Resepi Roti Cream Cheese Garlic

Roti ini amat popular di Korea, ia banyak dijual dikedai roti dan mendapat permintaan yang tinggi. Di negara kita ia baru sahaja masuk pasaran kerana mulai mendapat permintaan. Boleh jadi juga kerana bahan-bahan yang digunakan amat menarik menghasilkan rasa yang amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan .

Bahan A

  • 1kg tepung gandum
  • 100g gula pasir
  • 11 g yis
  • 20g susu tepung
  • Garam 2 sudu teh
  • 1 sudu teh bread improver (pilihan)
  • 1 sudu teh bread softner (pilihan)
  • 2 biji telur (apa-apa gred)

Bahan B

  • 100g butter/marjerin
  • 440 ml air

Kaedah

  • Mula-mula campurkan semua bahan A.
  • Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  • Selepas itu dengan menggunakan pemukul ‘hook’ hidupkan mesin pengadun, dan biarkan sehingga semua bahan sebati.
  • Perlahan lahan tuangkan air ke dalam adunan itu sehingga doh menjadi bulat.
  • Kemudian masukkan pula majerin/mentega ke dalam adunan tersebut.
  • Teruskan menguli sehingga adunan menjadi elastik.
  • Keluarkan doh dan uli sedikit.
  • Masukkan semula kedalam mangkuk adunan dan biarkan doh berehat sehingga menjadi besar sekali ganda saiznya. Biasanya masa diperlukan ialah 60 minit.
  • Kemudian keluarkan doh dan bahagikan ia menjadi doh kecil.
  • Beratnya ialah dalam 300g setiap satu.
  • Susun didalam loyang yg telah digris dengan minyak saiz 8”.
  • Biarkan doh berehat lagi 30 min.
  • Kemudian sapukan dengan bancuhan telur dan sedikit air.
  • Bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit.
  • Keluarkan roti dari loyang sejurus ia masak dan sapukan dengan mentega agar ia berkilat.
  • Sejukkan dan ketepikan.

Inti Cream Cheese

  • 200 g cream cheese
  • 30 g gula
  • 50 g krim putar

Kaedah

  • Pukul cheese sehingga kembut sepenuhnya.
  • Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan krim putar
  • Ketepikan

Sos bawang putih (garlic sauce)

  • 150 g butter cair
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar susu manis
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu teh garam
  • Daun parsli cincang (pilihan)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan.
  • Ketepikan

Kaedah penyediaan roti cream cheese garlic

  • Ambil roti yang telah siap dibakar.
  • Kemudian potong belah roti tersebut kepada lapan bahagian.
  • Masukkan inti cream cheese kedalam beg piping dan paipkan dicelah belahan roti tadi
  • Selepas itu celupkan roti tersebut ke dalam bancuhan sos bawang putih.
  • Pastikan sempurna celupan agar tiada kawasan roti yang tidak dicelup.
  • Bakar pada suhu 180c selama 10 minit sahaja.
  • Sejukkan diatas besi redai sebelum dihidang.
  • Siap!

2) Resepi Pisang Goreng Coklat Cheese

Resepi ini menggunakan pisang goreng yang telah berdekad-dekad lamanya menjadi kegemaran orang kita. Namun dengan sedikit sentuhan pisang goreng ini telah menjadi viral. Apakah sentuhan itu? Hanyalah tambahan cheese, coklat dan susu sahaja! Namun begitu anda haruslah menggunakan pisang yang enak juga seperti pisang abu,pisang nangka atau pisang tanduk untuk mengomptimomkan rasanya,jom lihat bahan-bahan diperlukan!

Bahan-bahan sadur pisang

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung beras
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar air kapur
  • Air secukupnya (agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair)
  • Pisang nipah atau pisang abu (buang kulit dan belah 3)
  • Coklat parut
  • Susu manis
  • Cheese parut

Kaedah

  • Mula-mula bancuh semua bahan saduran pisang dahulu.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
  • Kemudian celup pisang didalam bancuhan yang telah disediakan.
  • Goreng pisang dan alih apabila telah cukup garing
  • Toskan minyak dan letak didalam bekas yang sesuai.
  • Taburkan susu manis mengikut jumlah yang anda suka.
  • Kemudian parut coklat dan juga cheese
  • Sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

3)Resepi Korean Chicken Wing

Resepi ini sangat sedap dijadikan menu pembuka selera ataupun sebagai snek. Ia adalah kepak ayam bersama sos Korea. Sos Korea dikenali sebagai sos yang pedas tetapi sedap apatah lagi bila dinikmati bersama kepal ayam, berikut adalah bahan-bahan diperlukan.

Bahan utama

  • ½ kilo kepak ayam
  • 3 ulas bawang putin dan ½ inci halia (tumbuk lumat dan perap dengan ayam)

Kaedah

  • Goreng kepak ayam dengan tepung bestari dan ketepikan

Bahan-bahan sos korea

3 biji bawang putih (tumbuk halus)

3 sudu cili powder (bancuh dgn setengah cawan air)

2 sudu sos korea

1 1/2 sudu cuka

1 sudu gula perang

1 1/2 sudu madu

Garam secukup rasa

Kaedah

  • Tumis bawang putih sampai garing dan masukkan pes cili.
  • Apabila ia telah naik minyak, masukkan sos.
  • Kacau sebentar kemudian masukkan cuka,gula perang, madu dan sedikit garam.
  • Tunggu sejuk sebentar baru masukkan kepak ayam yang telah digoreng.
  • Hiaskan dengan bijan yang telah disangai.
  • Siap!

4)Resepi Dalgona Coffee

Resepi ini mula-mula diviralkan oleh orang Korea dan terkenal di YouTube. Minuman ini hanyalah adalah serbuk nescafe yang ditambah gula dan sedikit air. Kemudian ia dipukul sehingga bancuhan itu menjadi gebu. Cara menyediakan ia pula hanya lah dengan menambahkan bancuhan ini di atas susu yang tekah disediakan. Teknik inilah yang memberi rasa yang sangat sedap, patutlah ia menjadi viral.

Resepi Dalgona coffee ini telah dikongsikan oleh Che Enon Aiskrim di Facebook dan ramai menggemarinya tau!

Bahan – bahan:

  • 1 sudu besar nescafe gold
  • 2 sudu besar gula perang
  • 3 sudu besar air panas

Cara – cara penyediaan:

  • Kacaukan kesemua bahan diatas menggunakan garfu sehingga pekat dan gebu.
  • Sediakan gelas yang berisi susu segar dan air, tetapi tinggalkan sedikit ruang untuk memasukkan krim kopi yang telah disediakan.
  • Masukkan krim kopi dan siap!

5)Resepi Crown Chiffon Cake

Resepi ini juga dipercayai viral dari negara Korea. Ia adalah resepi chiffon kek yang telah diubahsuai hingga ia menjadi seperi crown. Rasa sedap seperti kek chiffon cuma bezanya pada cara membuatnya yang menghasilkan rupa yang la lain, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan

A

  • 4 biji kuning telur
  • 40g minyak jagung/minyak masak
  • 45g jus oren/perisa oren sunquick
  • 70g tepung kek/tepung gandum

B

  • 4 biji putih telur
  • ¼ sudu teh cream of tartar / ½ sudu teh cuka
  • 50g gula halus/gula castor (tambahkan dengan 1 sudu teh tepung jagung )

Kaedah

  • Mula-mula sediakan loyang saiz 6” x 3”. Loyang ini tidsk perlu digris atau dilapik kertas minyak.
  • Panaskan oven pada suhu 180c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Kemudian panaskan minyak jagung sedikit, segera tutup api.
  • Dan masukkan jus oren, kacau kedua bahan agar sebati.
  • Kemudian baru masukkan tepung gandum.
  • Apabila telah sebati, ketepikan bahan A ini dahulu.
  • Bahan B pula, pukul telur putih sehingga berbuih kasar.
  • Kemudian masukkan sedikit cream of tartar.
  • Sambung pukul dan kemudian masukkan gula pula.
  • Selepas itu terus pukul meringue ini hingga ia menjadi adunan yang ertanduk (stiff).
  • Bakar pada suhu 180c selama 5-10 minit.
  • Kemudian dalam masa kurang seminit dan keluarkan serta kelar kek dengan pisau kepada enam belahan.
  • Masukkan segera kek dan bakar selama 30-40 minit sehingga merekah dan pecah dibahagian atasnya.
  • Uji kek dengan lidi sebelum mengeluarkan ia dari oven.
  • Sejukkan kek dengan cara meletakkan kek diantara dua bekas yang tinggi.
  • Sejukkan selama 30 minit, barulah keluarkan kek dari loyangnya.
  • Siap!

6) Resepi Puri Sambal Sardin

Resepi ini telah menjadi viral sejak kebelakangan ini. Walaupun sebenarnya ia telah lama berlegar dalam internet, namun begitu ia kembali apabila diketahui akan penyediaannya yang mudah dan rasanya yang amat sedap. Berikut adalah bahan bahan yang diperlukan .

Bahan Roti Puri

  • 500g tepung gandum
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis (setengah peket)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil garam

Bahan sambal sardin

  • Cili kisar (kisar dengan bawang besar)
  • Sardin dalam tin (saiz kecil)
  • Sedikit air asam jawa.
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula satukan air, gula dan yis dalam satu bekas.
  • Kemudian satukan bahan kering seperti tepung, garam, minyak dan butter.
  • Uli semua bahan hingga sebati dan tidak melekat ditangan.
  • Biarkan seketika sehingga ia naik, kemudian uli sekali lagi.
  • Dan bulatkan ia kepada beberapa bahagian.
  • Ketepikan.
  • Sementara itu sediakan sambal sardin pula.
  • Tumiskan cili yang telah dikisar sehingga garing.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sedikit air asam jawa.
  • Kemudian masukkan sos sardin dalam tin.
  • Biarkan bahan-bahan ini sebati dan baru tambahkan ikan sardin.
  • Pecah-pecahkan ikan sardin dan gaul rata.
  • Siap.
  • Selepas itu goreng roti puri pula.
  • Leperkan dulu doh puri yang telah dibulat-bulatkan.
  • Dengan minyak yang banyak dan panas, goreng roti puri sehingga ia kembung.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap!

7) Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Sagu adalah antara bahan yang telah lama digunakan didalam penyediaan makanan pencuci mulut. Namun resepi ini mulai viral apabila ia digabung bersama gula Melaka dan juga susu cair. Anda boleh mencubanya sendiri kerana ia amat mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan:

  • 1 pek sagu (warna/putih)
  • Susu cair secukupnya
  • Gula Melaka
  • Daun Pandan

Kaedah Penyediaan Gula Melaka:

  • Hancurkan gula melaka dan masak bersama daun pandan.
  • Masukkan sedikit sahaja air sebab nak dapatkan kuah yang likat. Boleh juga tambahkan gula pasir atau sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan.
  • Masak hingga gula melaka hancur dan kacau
  • Dah pekat, bolehlah angkat dan sejukkan

Kaedah Penyediaan Sagu

  • Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sagu. Air letak banyak utk elak sagu melekat.
  • Masukkan 1 or 2 sudu pewarna sirap rose tadi & kacau rata(pilihan)
  • Masak sampai sagu kelihatan jernih dan boleh tambah air jika tertalu kering
  • Bila dah ok, angkat dan lalukan sagu bawah air paip untuk buang kanji.
  • Bolehlah masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk dalam peti ais

Cara penyediaan puding sagu gula melaka.

  • Mula-mula tuangkan air gula melaka.
  • Masukkan sagu.
  • Akhir sekali tuangkan susu cair mengikut citarasa anda.
  • Simpan dalam petiais untuk rasa yang lebih optimum.
  • Siap

8)Resepi Daging Bakar Danok

Resepi ini dikongsikan oleh Eira Hamzah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Daging bakar danok adalah satu menu daging bakar yang popular terdapat di Danok Thailand. Ianya amat sedap kerana menggunakan bahagian daging yang lembut kemudian ia diperap dan dibakar. Keenakkannya itu menyebabkan resepinya mulai diviralkan, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi-Daging-Bakar-Danok
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan-bahan Perap Daging:

  • Sekeping daging (guna bahagian yang lembut)
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk gula perang
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk minyak

Bahan-bahan Sos:

  • 2 sb sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sk palm sugar @ gula perang
  • 1 sb serbuk cili (chili flakes)
  • 1 sb beras SANGAI – ditumbuk halus
  • 1 biji bwg merah – hiris halus
  • Daun ketumbar – hiris

Cara – cara memasak:

Daging:

  • Satukan semua bahan bersama daging dan perap selama 1 jam.
  • Selepas 1 jam, bakar atas kuali dengan api sederhana sehingga masak.

Sos:

  • Sangai beras jangan sehingga hangit. Tumbuk halus.
  • Campurkan bahan-bahan dalam mangkuk dan sebatikan. Rasa ikut citarasa masing-masing.
  • Siap!

9) Resipi Roti Sarang Lebah

Roti sarang lebah ini mendapat namanya apabila roti disusun-susun sebagai sarang lebah sebelum dibakar. Menariknya kerana ia dimakan bersama sos butterscotch, berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda mencubanya sendiri .

Bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu kecil yis (1 bungkus/11gm)

Bahan B

  • 1 biji telur
  • 3 cawan tepung roti/high protein flour
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega

Bahan C

  • * 1 biji kuning telur
  • * 1/4 cawan susu segar kotak atau bancuh
  • (Satukan dan kocak rata)
  • Kuaci
  • Almond flakes
  • Bijan

Sos Butterscotch

  • 2 cawan gula perang
  • 2 cawan susu cair atau susu segar kotak
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • (Dengan api sederhana, cairkan gula sehingga menjadi karamel. Satukan susu, esen vanila, dan tepung gandum. Kocak rata. Tapis dan masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan. Kacau. Masukkan mentega. Kacau lagi. Apabila agak pekat, tutup api.)

Kaedah

  • Satukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau sehingga berbuih. Jika tidak berbuih, maknanya yis sudah mati atau tidak aktif.
  • Satukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Tambah air mengikut keperluan doh.
  • Uli doh sehingga doh tidak melekat di tangan dan mangkuk mixer.
  • Sapukan tepung pada tangan. Bulatkan doh. Letak di dalam bekas yang disapu mentega atau minyak. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 30-40 minit atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.
  • Tekan doh bagi membuang udara dalam doh.
  • Sapu loyang dengan mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yang diingini. (Saya buat 24gm). Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi.
  • Tutup permukaan loyang dengan plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 30 minit.
  • Sapu atau sembur permukaan doh roti dengan bancuhan susu dan kuning telur.
  • Tabur kuaci, bijan, dan almond flakes.
  • Panaskan oven dengan suhu 170’C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20 minit. (Nota: Suhu dan masa membakar roti bergantung pada oven masing-masing, ya).
  • Apabila roti masak, sapu permukaan roti dengan mentega ketika roti masih panas (jika suka). Tuang sos butterscotch dan sedia dimakan

10) Resepi Apam Polkadot

Apam polkadot mendapat namanya hasil inovasi hiasan kepada apam menjadi polkadot. Resepi ini telah menjadi viral apabila rupanya yang cantik mulai dikongsi di media sosial. Resepinya juga mudah ditemui, berikut adalah bahan yang diperlukan

apam-polkadot
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 280gm tepung gandum
  • 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
  • 220gm gula halus (anggaran 1 cawan)
  • 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu makan ovalette**
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • **Filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
  • Pewarna

Langkah – langkah penyediaan:

  • Kacau telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan kacau dengan kelajuan maksimum hingga sebati.
  • Masukkan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul lagi dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
  • Selepas itu masukkan esen vanila, tepung dan baking powder (yang telah diayak) dan susu sedikit demi sedikit dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
  • Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  • Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
  • Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
  • Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
  • Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
  • Nota: semasa mengukus, pastikan penutup periuk dibalut dengan kain. Tujuannya supaya wap tidak menitik di atas apam.

Itulah dia 10 resepi yang telah berjaya dihimpunkan. Tahukah anda resepi-resepi viral telah banyak dicuba dan berjaya mendapat permintaan dalam pasaran. Ini kerana masyarakat kini amat suka pada sesuatu yang trending. Anda juga boleh mencubanya, dan jangan lupa kongsikan koleksi ini agar menjadi manafaat kepada org lain juga.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

(Visited 5 times, 1 visits today)