Koleksi 10 Resepi Maggi Paling Sedap Sempoi Senang Giler

Maggi merupakan satu jenama yang sangat popular dinegara kita ini. Produk berjenama Maggi ini paling digemari ramai tidak mengira usia,bangsa mahupun agama ialah mee Maggi. Di Malaysia maggi yang paling femes ialah mee maggi kari. Ia boleh diubah menggunakan banyak resepi lain menjadikan ia lebih sedap dan disukai ramai.

Berikut adalah 10 resepi menggunakan maggi mee kari yang paling disukai dan cepat untuk disediakan.

1)Resepi Megi Kari

Ringkas dan sedap, resepi ini menunjukkan kepada anda cara yang sedikit berbeza untuk menikmati maggi kari. Resepi ini telah dikongsikan oleh Ira Mael di Facebook,berikut adalah bahan bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Image via Facebook

Bahan-bahan

  • 3 bungkus maggi kari
  • 1 ulas bawang kecil (potong kecil²)
  • 1 sb cabai kering (bland)
  • 2 sb sos cili
  • 2 inci lobak merah
  • 1 pokok baby sawi
  • 1 biji cabai besar
  • 2 biji telur
  • 2 peket perencah maggi kari
  • 2 sb minyak

Cara – cara memasak:

  • Rendam maggi sahaja sampai kembang & toskan. Ketepikan.
  • Letakkan minyak dalam kuali sampai minyak hangat.
  • Tumiskan bawang kecil sampai warna kuning.
  • Masukkan cabai kering yang dah dikisar. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan 2 paket perencah maggi sahaja daripada 3 bungkus maggi itu.
  • Masukkan lobak merah & baby sawi dalam 30 saat.
  • Masukkan air sedikit. Masak 30 saat.
  • Masukkan telur dan kacau sampai telur hancur.
  • Masukkan maggi, daun baby sawi & cabai besar. Kacau sampai sebati.
  • Siap untuk dihidang.

2 ) Resepi Kerabu Maggi Siam Viral

Kerabu Maggi siam ini mudah untuk disediakan. Ianya merupakan gabungan pelbagai makanan laut dan mi segera tersebut. Makanan laut dan sayuran juga dicelur dan dimasak terlebih dahulu sebelum digabungkan bersama.Resepi ini dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad dan mendapat banyak perkongsian di media sosial

kerabu-maggi-siam-viral
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Maggi thai 2 bungkus
  • 3 ekor sotong sederhana dipotong kecik
  • 8 ekor udang dibuang kulit
  • 6 batang isi ketam dipotong 2@3
  • 1 batang sosej dipotong nipis (pilihan)
  • 1biji @ 2 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos cili thai ( sos manis thai)
  • 1/2 sk ajinomoto
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 2 tangkai daun ketumbar di hiris halus(sedikit sahaja)
  • 1 biji bawang merah dipotong dadu
  • 4 biji cili padi dipotong kecik
  • 1/2 batang lobak merah diparut halus
  • Kobis ungu di hiris nipis
  • Sos ikan 2 sudu besar

Cara – cara memasak:

  • Mula-mula rebuskan maggi 1-2minit ataupun sehingga lembutDah masak angkat dan toskan.
  • Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh jugak tukar kepada ayam kalau tak makan seafood.
  • Dah masak kena toskan jugak. Masukkan dalam bekas maggi tadi.Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas.
  • Perahkan air limau nipis ke dalam bekas.
  • Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau taknak masam.
  • Masukkan sos ikan.
  • Masukkan sos cili thai.
  • Masukkan ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Manis ikut kesesuaian masing -masing.
  • Akhir sekali masukkan semua rencah yang ada dalam maggi.
  • Sekarang gaul semua bahan bagi rata atau sebati.
  • Dah siap letakkan dalam bekas. Dan tabur sedikit daun ketumbar atas maggi.

3 ) Resepi Kerabu Maggi Siam

Serupa tetapi tidak bermakna ia sama, kerabu menggunakan maggi ini adalah aspirasi dari kerabu maggi yang terdapat diThailand. Resepi kerabu maggi siam ini telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman dan telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat resepi ini dengan lebih lanjut.

Bahan – bahan:

  • Maggi thai
  • Seafood
  • Jejari ketam
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Cili padi
  • Sedikit gula (jika perlu)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Bawang besar (mayang)
  • Tomato (potong dadu)
  • Limau nipis (ambik jusnya jika mahu masam)

Cara penyediaannya:

  • Rebus dan toskan maggi thai.
  • Rebus dan toskan udang dan sotong. Simpan sedikit air rebusan untuk digaulakan bersama dengan maggi.
  • Potong daun ketumbar, daun bawang dan cili padi. Potong dadu tomato.
  • Gaul semua bahan di atas berserta dengan rempah maggi.
  • Siap!

4 ) Resepi Maggi Goreng Ala Mamak

Jika kekedai mamak maggi goreng adalah salah satu menu kegemaran terutamanya dikalangan kanak-kanak. Rasanya sedikit berbeza walaupun sangat ringkas. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Sepeket maggi kari
  • 1 biji telur
  • Sayur sawi secukupnya
  • Lobak merah (pilihan)
  • Rencah udang atau sosej (pilihan)

Kaedah

  • Rebus mee maggi hingga empuk, alih dan terus alirkan bawah air paip.Tujuannya supaya mee tidak terlebih masak.
  • Goreng rencah dulu separuh masak.
  • Panaskan minyak,masukkan sayur ( pilihan)
  • Pecahkan telur. Kacau agar telur hancur.
  • Terus masukkan mee, buat sebelum telur itu kering.
  • Taburkan serbuk rencah atas mee. Gaul mesra dan masukkan rencah udang atau sosej tadi.
  • Gaul semua hingga mesra.
  • Siap. Boleh dihidang terus.

5) Resepi Murtabak Maggi

Lazimnya Murtabak adalah sejenis makanan berasaskan pastri seperti roti canai tetapi didalamnya mempunyai inti. Namun berbeza sedikit jika dibandingkan dengan maggi murtabak. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
  • 100g isi daging kisar/ayam
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 3 biji telur
  • sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
  • Cili flakes
  • Lada sulah
  • Minyak

Kaedah

  • Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan, ketepikan
  • Goreng isi daging kisar, angkat ketepikan.
  • Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan daging kisar yg digoreng tadi, bawang, daun sup, lada sulah & cili flakes, dan serbuk maggi kari gaul mesra.
  • Selepas tu masukan mee maggi yg celur tadi, gaul sebati.
  • Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam pan, goreng murtabak mengikut saiz yg dikehendaki. Goreng selama 3 minit. Buat sehingga habis adunan tersebut.
  • Hidang ketika panas

6) Resepi Maggi Goreng Kari

Sungguhpun terdapat juga beberapa resepi yang punya nama yang sama, namun bahan-bahan yang digunakan dalam resepi resepi ini adalah berbeza dan mempunyai tarikannya tersendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan

  • 3 bungkus Maggi Kari Goreng dgn perencahnya semua sekali..
  • udang, sotong atau isi ayam- terpulang pada masing2
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 biji bawang besar- dimayang
  • 2 sudu besar cili blend
  • 5 biji cili padi – di ketuk
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • kobis @ sawi secukupnya
  • 1 biji tomato – dibelah 6
  • 2 biji telur
  • Hirisan daun sup.

Cara Memasak :

  • Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan, tapi jgn sampai kembang ye..
  • Siramkan dalam air biasa dan leraikan2kan maggi tu dan toskan. ( ini supaya maggi tu tak melekat2 masa menggoreng nanti ) Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi…
  • Masukkan cili mesin & kacau hingga garing.. Masukkan rempah2 kari dari maggi dan cili padi.. Masukkan kicap & sos tomato.. Kacau2..
  • Biarkan seketika dan masukkan udang @ ayam dan buah tomato.
  • Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan… Kalau nak bubuh 3,4 sudu air pun boleh, sekiranya suka rasa maggi yg agak basah2 sedikit..
  • Kacau rata maggi tu seketika dan pecahkan telur dalamnya,tutup telur tu dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kobis,sawi, serta daun sup..kacau sebati semuanya dan last sekali rasa laa ye..

7) Resepi Maggi Bandung

Seterusnya resepi berikut menggunakan cara membuat mee Bandung menggunakan maggi mee. Ia mempunyai rasa yang sedap juga. Anda haruslah mencubanya sendiri. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus maggi perisa kari, asingkan perencahnya

Bahan-bahan lain

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 pokok sawi bok choy
  • 1 biji telur
  • 3 ekor udang/sotong/ayam
  • 1 cawan air

Kaedah

  • Mula-mula teruskan maggi dan toskan.
  • Tumis bawang putih bersama cili kisar.
  • Kemudian apabila naik minyak masukkan sos cili dan sos tomato.
  • Masukkan udang dan tambahkan sedikit air , taburkan serbuk rencah maggi.
  • Akhir sekali letak mee maggi dan kemudian pecahkan telur.
  • Siap!

8)Resepi Maggi korea

Melalui lambakan masakan dari Korea yang telah mula menambat selera orang Malaysia. Maggi juga tidak terkecuali. Mari lihat resepi menggunakan maggi ini yang dijadikan maggi Korea.

Bahan-bahan

  • 1 pek maggi kari
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang putih
  • Sosej/ isi ayam
  • 1 sudu teh bijan hitam/putih sangai (pilihan)
  • 1 -2 besar sos Korea adabi

Kaedah

  • Mula-mula rebus maggi dan tos airnya
  • Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
  • Segera masukkan isi ayam atau sosej
  • Tambah sedikit air jika ia terlalu kering.
  • Masukkan sos Korea dan rencah maggi kari.
  • Kacau sebati.
  • Kemudian baru tambahkan maggi mee.
  • Kacau segera, tutup api dan sediakan untuk dihidangkan.
  • Taburkan biji bijan sebagai hiasan diatas maggi.
  • Siap!

9) Resepi Maggi Cheese

Selain dari itu maggi juga amat sedap dimakan bersama cheese. Tambahkan sos Korea akan terasa seperit didalam drama K-pop pula. Berikut adala bahan-bahan yang dperlukan.

Bahan-bahan

  • Maggi kari 1 pek
  • Cheese slice
  • Bijan hitam (pilihan)
  • 1 sudu sos Korea Adabi

Kaedah

  • Masak maggi seperi biasa
  • Tambahkan sos Korea.
  • Tunggu kuah pekat seperti anda suka
  • Tutup api
  • Letakkan maggi dalam mangkuk pilihan
  • Letakkan cheese slice
  • Tutup mangkuk dengan penutup yang sesuai
  • Apabila cheese telah cair, taburkan biji hitam
  • Sedia untuk dihidang!

10) Resepi Maggi Carbonara

Resepi ini adalah percubaan untuk menyediakan maggi mee menggunakan sos carbonara. Rasanya juga sedap dan bolehlah anda cuba menggunakan resepi seperti berikut

Bahan-bahan

  • Maggi ayam 1 pek

Bahan lain

  • Sosej 1 batang (cincang)
  • Bawang putih 1 ulas
  • Krim masakan /susu full
  • Cheese slice 1 keping (pilihan)
  • 1 sudu butter
  • 1 bungkus perencah

Kaedah

  • Mula-mula rebus maggi, tos dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dan tambahkan butte.
  • Tumis bawang putih dan sosej.
  • Masukkan susu atau krim anggaran ½ cawan.
  • Kacau sebati.
  • Masukkan mee maggi dan terus taburkan perencah maggi ayam.
  • Kacau segera, letakkan cheese slice jika anda suka.
  • Siap!

Begitulah 10 resepi menggunakan maggi mee. Seperti slogannya “maggi mee cepat dimasak sedap dimakan” begitulah dia amat sedap bila diubah menggunakan resepi lain. Diharap anda akan cuba sendiri resepi-resepi disini dan rasailah keunikannya. Selamat mencuba!

(Visited 4 times, 1 visits today)