KFC Norma Baru Tampil Hidangan Zinger Chop Unik Dan Lazat

Sempena menjalani kehidupan norma baru ini, KFC tampil menyajikan hidangan terbarunya iaitu Zinger Chop, hidangan lazat ini mengambil inspirasi daripada menu hidangan ramai iaitu chicken chop.

Tidak seperti menu burger sebelum ini, KFC tampil hidangan ayam terbaru sesuai dengan slogan barunya “Zinger Like Never Before”.

Zinger Chop yang disaluti tepung roti yang diadun bersama rempah ratus Hot & Spicy ini, digoreng sempurna sehingga berwarna keemasan. Ayam yang empuk di dalam dan rangup di luar ini, di temani bersama Colonel Gravy mewah dengan rasa yang sangat menyengat.

Foto – KFC

Bukan itu saja, hidangan ini juga dilengkapi dengan KFC Coleslaw masam manis yang seimbang, bersama hidangan pilihan lain seperti Crispier Fries atau Colonel Rice.

KFC Zinger Chop ini merupakan comfort food yang dihasilkan setelah meneliti segala keperluan dalam menjalani norma baru.

Tambahan lagi dengan menu lazat ini pelanggan tidak perlu risau tentang pelaksanaan SOP dari segi keselamatan dan juga kesihatan kerana KFC akan beroperasi secara berperingkat bagi memberi keselesaan kepada pelanggan.

Hidangan KFC Zinger Chop ini dijual dengan harga RM16.30 untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada. Pelanggan KFC boleh mendapatkan menu ini di seluruh restoran KFC di Malaysia melalui khidmat selamat makan di restoran, bawa pulang, self-collect, penghantaran dan juga pandu lalu.

The post KFC Norma Baru Tampil Hidangan Zinger Chop Unik Dan Lazat appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)