Kerutuk Itik, Memang Membangkit Selera Syawal

Jom masak itik pulak. Tapi kena betul gaya memasaknya. Ada orang salai dulu, dan ada jugak yang rebus dulu dengan halia. Terpulang..tapi rasanya memang tak boleh nak komporomi, memang sedap.

Ni masak kerutuk memang terbaiklah. Berbaloi untuk dicuba.

KERUTUK ITIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
  • 500ml santan pekat
  • 4 sudu makan rempah kerutup
  • 3 sudu makan air asam Jawa
  • 3 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula kabung secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 15 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit
  • 2cm lengkuas
  • 4 batang serai

BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:

  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 7 biji buah pelaga
  • 7 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa.
3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika.
4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk.
5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak.
7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api.
8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.

ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO INI :

ATAU JUGA RESIPI INI:

Koleksi Resipi Aneka Kek Mentega Sedap & Mudah Untuk Raya.

The post Kerutuk Itik, Memang Membangkit Selera Syawal appeared first on RASA.

(Visited 1 times, 1 visits today)