Kenapa Ada Orang Teleng Kepala Bila Tengok Televisyen?

Siapa perasan bila tengok televisyen, kepala jadi teleng atau senget sebelah?

Sebenarnya ramai juga yang sering meneleng kepala apabila menonton televisyen, tapi apa yang menyebab simptom seperti ini berlaku? Adakah ia sejenis penyakit, jika ianya sejenis penyakit apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan kembali struktur kepala?

Semua ini bakal dijawab di bawah.

Kepala Teleng @ Torticollis

Foto – Dr Neel Amin

Teleng kepala atau dalam bahasa perubatan di kenali sebagai torticollis, ianya berlaku apabila sebahagian otot leher yang mengawal pergerakan kepala mengalami ketegangan serta memendek dan mengakibatkan leher menjadi senget.

Untuk makluman semua masalah kepala teleng ini berlaku semasa anak dalam kandungan lagi, ianya boleh berlaku apabila posisi anak salah semasa dalam kandungan ibu lagi.

Jenis-Jenis Kondisi Kepala Teleng

Foto – Healthline

Masalah kepala teleng ini mempunyai beberapa jenis konsidi, tetapi yang sering dialami manusia adalah:

  • Torticollis sementara – di mana masalah kepala teleng ini boleh hilang selepas sehari atau dua hari, ianya tidak tetap.
  • Torticollis tetap – di mana masalah kepala teleng berlaku kerana masalah struktur tulang atau posisi otot leher.
  • Torticollis otot – masalah ini berlaku kerana tisu otot yang terlalu ketat pada bahagian sebelah leher lalu menyebabkan masalah kepala teleng.

Cara Rawatan Masalah Kepala Teleng

Foto – Arkib Wanista

Tidak kira bayi atau orang dewasa, jika memiliki masalah kepala teleng merupakan satu masalah kesihatan yang tidak patutnya berlaku. Tetapi bagi yang mengalami masalah sebegini terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan, seperti:

  • Sentiasa urut leher
  • Lakukan terapi fizikal atau chiropractic care
  • Lakukan senaman leher
  • Memakai pendakap leher
  • Jika terlalu teruk, doktor mungkin akan sarankan kamu membuat pembedahan.
  • Untuk penggunaan ubat-ubatan pula, kamu harus mendapat nasihat doktor setelah membuat pemeriksaan.
  • Jika leher kamu pada awalnya normal, tetapi mula menjadi teleng dek kerana tabiat maka hilangkan tabiat teleng kepala itu.

Bagi yang selalu tengok televisyen kepala menjadi teleng mungkin kamu mempunyai masalah torticollis ini. Dapatkan rawatan awal untuk kembalikan struktur leher menjadi normal semula, jangan dibiarkan pula.

Rujukan: 1, 2,

The post Kenapa Ada Orang Teleng Kepala Bila Tengok Televisyen? appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)