Kelebihan Bersalaman

Soalan:

Apakah kelebihan bersalaman sesama manusia?

Jawapan:

Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan adab-adab dalam berkomunikasi sesama manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Untuk itu, di antara sebab Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyempurnakan atau mengajarkan akhlak kepada sekalian manusia berdasarkan sabda Baginda SAW:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]

Tambahan pula, bersalaman ketika bertemu termasuk di dalam adab-adab Islam dan akhlak yang terpuji. Ini kerana, ia menggambarkan sifat cinta dan kasih sayang di antara yang bersalaman. Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang menunjukkan kelebihan perbuatan bersalaman adalah:

Daripada al-Bara’ berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ، إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا

“Tidaklah ada dua orang muslim itu apabila bertemu, lalu bersalamanan, melainkan akan diampunkan d0sa keduanya sebelum mereka berp1sah.” [Riwayat Ahmad (18547)]

Hadith di atas ini juga diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam al-Tirmizi dan juga Imam Ibn Majah di dalam sunan mereka. Adapun berkaitan hu kum hadith di atas, di sini kami nukilkan beberapa pandangan para ulama:

• Imam Abu Daud (275 H) mendiamkan (tidak menghv kum) hvkum hadith tersebut di dalam sunannya dan jika Imam Abu Daud tidak menyatakan hu kvm pada sesebuah hadith di dalam sunannya maka ia menunjukkan bahawa hadith tersebut adalah soleh (baik dari sudut matan dan sanadnya). [Lihat: Sunan Abi Daud, 354/4]

• Imam al-Tirmizi (279 H) menilai hadith di atas sebagai hasan gharib. [Lihat: Jami’ al-Tirmizi, 74/5]

• Imam Ibn al-Mulaqqin (804 H) menghukum hadith al-Bara’ sebagai hasan. [Lihat: al-Tawdhih li al-Jami’ al-Sahih, 105,29]

• Imam al-Suyuthi (911 H) menyatakan bahawa hadith ini adalah sahih. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 288/2]

• Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith di atas sebagai sahih li ghairihi. [Lihat: Musnad Ahmad, 517/30]

Melihat kepada beberapa pandangan ahli ilmu di atas, kami cenderung kepada pandangan yang menyatakan hadith ini adalah hasan dengan sokongan bagi hadith tersebut dan ini merupakan amalan para sahabat Nabi SAW. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang sahih:

Daripada Qatadah RA, beliau berkata kepada Anas bin Malik RA:

أَكَانَتِ المُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: نَعَمْ

“Adakah terdapat perbuatan bersalaman dalam kalangan sahabat Nabi SAW?.” Jawab Anas: “Ya.” [Riwayat al-Bukhari (6263)]

Selain itu, Imam Ibn Batthal menyatakan bersalaman merupakan satu kebaikan menurut kebanyakan ulama dan Imam al-Nawawi juga menyatakan bahawa bersalaman merupakan sunnah yang disepakati ketika bertemu. [Lihat: Fath al-Bari, 55/11]

Perbuatan ini juga telah dinaskan oleh kebanyakan para ahli feqah bahawa bersalaman adalah sunnah dengan berdalilkan kepada sejumlah khabar-khabar yang sahih dan juga hasan. [Lihat: al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 356/37]

Penutup

Kesimpulannya, hadith berkaitan kelebihan bersalaman merupakan hadith yang hasan sebagaimana yang dinyatakan di atas. Tambahan pula, amalan ini telah wujud di zaman Rasulullah SAW lagi sebagaimana yang diceritakan oleh para sahabat Baginda SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan untuk dalam mengamalkan serta menyebarkan sunnah Nabi SAW. Amin.

Wallahua’lam.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih