Kek Span Marble Susu Lemak Dan Gebu

Mulut teringin nak mengunyah kek . Kalau beli pun belum tentu dapat memenuhi citarasa. Kek Span Marble susu ni tak rugi membuatnya memang nyata sedap. Mana taknya bila campuran tepung jagung, susu tepung dan susu segar bersatu. Memang lemak berkrim dan nikmat terasa.

Kek Span Marble Susu

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/3 cawan susu tepung
3/4 cawan gula kastor
1/4 cawan susu segar
6 biji telur
40gm ovalette
80gm mentega (dicairkan)

Cara memasak:
1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.

2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.

3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.

5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.

6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah.

7. Siap untuk dihidang!

P/S: Untuk pilihan pewarna dan corak, anda boleh mengikut kreativiti sendiri

Kredit Resepi: Irfan Syazwanshah

Resipi Kimbap Korea. Buat Sendiri Baru Puas Hati.

Ada yang nak shopping barangan rumah, boleh layari https://invol.co/cloqny

The post Kek Span Marble Susu Lemak Dan Gebu appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)