Kek Kukus Masam Manis, Resipi Lejen Tak Jemu Dimakan

Peminat kek kukus mesti tahu kek yang satu ni. Kek kukus masam manis yang selalu mak-mak kita buat dulu. Mungkin juga nenek korang suka buat kek ni. Kek ni rasanya lemak manis dan masam-masam kerana diletakkan haw flakes.

RESIPI KEK KUKUS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
1/2 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 sudu kecil baking powder
1/2 tin kecil susu pekat manis
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers (kisar halus)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna – ikut suka
Haw Flakes secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Putarkan mentega dan gula halus kembang.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan putar lagi
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian.
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.

TIP PENTING: Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.

Selamat mencuba!

Kredit resipi: Masura Mastori

The post Kek Kukus Masam Manis, Resipi Lejen Tak Jemu Dimakan appeared first on RASA.

(Visited 5 times, 1 visits today)