Kek Kelapa VS Kek Batik. Pilihlah Ikut Citarasa

Ni min kongsikan dua pilihan kek dari ramuan tempatan. Kek berasaskan kelapa dan satu lagi daripada betik. Buah tempatan memang istimewa dan keduanya memang menjadikan kek lebih lazat dan membangkit selera.

.

Jom semak resipi dari IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara), Peretak, Selangor yang memang arif dan kreatif dalam mencipta resipi sajian.

COCONUT INDULGENCE CAKE


.

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek :

  • 113gm tepung gandum
  • 125gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 13gm ovelet
  • 27ml minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1kg kelapa kering kering
  • 2 biji isi kelapa (kaup dengan sudu dan keringkan)

Bahan filling :

  • 250gm whipping cream
  • 1 biji gula Melaka

Bahan salutan /coating :

  • 250gm whipping cream atau kordial kelapa laut
  • 250gm coklat putih

CARA MEMASAK :

Cara penyediaan kek:
1. Campurkan gula kastor,telur,ovelet dan esen vanila ke dalam mangkuk adunan.
2. Satu dan gaulkan menggunakan whisk selama 10 minit, kemudian masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mesin pengadun (mixer). Gaul perlahan menggunakan rubber spatula.
3. Masukkan pula minyak jagung dan gaul sebati.
4. Ambil isi kelapa yang telah dikeringkan dan campurkan dengan sedikit tepung.
5. Campurkan isi kelapa ke dalam adunan kek dan gaul sehingga sebati.
6. Pindahkan bancuhan kek ke dalam acuan kek dan bakar suhu 180 darjah C selama 45 minit.

Cara penyediaan filling:
1. Putar whipping cream sehingga mengembang dan campurkan gula melaka yang telah dicairkan ke dalam krim. Putar hingga sebati.

Cara penyediaan coating/ salutan :
1. Panaskan whipping cream atau cordial kelapa laut sehingga agak panas.
2. Tuang ke dalam coklat putih dan kacau sehingga tiada sebarang ketulan.

Saiz hidangan : 8 potong kek
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Kek ini menggunakan isi kelapa muda yang harum dan sedap
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF : Whipping cream pada coating kek ini boleh digantikan dengan kordial kelapa laut untuk memberi lebih rasa kelapa.

KEK BETIK


.

BAHAN-BAHAN

Bahan kek :

  • 250gm mentega
  • 250gm gula kastor
  • 250gm tepung kek | diayak
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh glyserin
  • 1 sudu teh serbuk penaik| diayak bersama tepung kek
  • 50gm betik | dikisar
  • 6 biji telur

Bahan sapuan/salut (coating):

  • 400gm cream well
  • 200gm gula aising
  • 100gm mentega

Bahan inti (filling):

  • 50gm betik | dikisar
  • 1 ketul gula merah @ gula Melaka
  • 200gm gula kastor

CARA MEMASAK:

Cara masak kek :
1. Masukkan mentega dan dan gula dalam mixer. Putar selama 10 minit.
2. Perlahankan mixer dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan pula esen vanilla, glyserin dan teruskan putar.
4. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking soda.
5. Akhir sekali masukkan betik yang telah dikisar dan putar hingga sebati.
6. Pindahkan adunan ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 160 selama 30 minit.Bahagikan kepada tiga tin pembakar jika mahu membentuk tiga lapisan kek.Biarkan kek sejuk.

Cara sediakan ‘coating’:
1.Campurkan mentega ,cream well dan gula aising ke dalam mixer lalu putar sehingga kembang. Sapu rata -rata di atas dan keliling kek

Cara buat filling :
1. Kisar betik dan masak dalam kuali tanpa minyak.
2. Masukkan gula dan gula merah lalu masak hingga gula mencair.
3. Untuk disapukan di antara lapisan kek

Saiz hidangan : 8 potongan
Masa memasak : 45 minit
Jenis masakan : Kek
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Kek berkhasiat kerana buah betik mengandungi banyak vitamin.
Anggaran kos : RM20

INFO CHEF :Coating sapuan menyaluti kek boleh digantikan juga dengan whipping cream

BAGI ANDA YANG SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR TERBARU, BOLEH MEMBERI SECARA ONLINE DENGAN MELAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI:

Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Sedap!

The post Kek Kelapa VS Kek Batik. Pilihlah Ikut Citarasa appeared first on RASA.

(Visited 3 times, 1 visits today)