Kebab Ayam Ringkas Pilihan Terbaik Untuk Bersahur

Bosan makan nasi tapi ingin hidangan sahur yang penuh tenaga dan ringkas. Beli roti pita segera dan hanya filling mengikut kegemaran anda.

KEBAB AYAM RINGKAS

BAHAN-BAHAN:
• 3 keping roti pita
• 200gm isi ayam | dipotong dadu
• 1 ulas bawang putih | dicincang halus
• ½ biji bawang besar | dimayang halus
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos lada hitam
• 1 sudu besar mayones
• 8 helai daun salad | dibersihkan
• 2 sudu besar mentega

CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam.
4. Potong roti pita dan letakkan daun salad.
5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.

Info: Panaskan roti seketika untuk tekstur yang lebih lembut. Boleh juga letakkan cili padi kalau mahukan rasa pedas ‘terangkat’.

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :

ATAU JUGA RESIPI INI :

Wanita Ini Tunjuk Step By Step Buat Wanpaku, Senang Sungguh Nak Buat

The post Kebab Ayam Ringkas Pilihan Terbaik Untuk Bersahur appeared first on RASA.

(Visited 15 times, 1 visits today)