Karipap Daging Cheese, Hidangan Pelengkap Berbuka Puasa

Karipap pun sedap dibuat hidangan waktu berbuka puasa, kan? Selalu kita makan karipap berintikan kentang, sayur atau sardin. Ada juga yang buat karipap inti ayam atau daging. Karipap adalah kuih yang sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang. Karipap yang sedap bukan saja sedap pada intinya tapi juga dohnya. Lagi-lagi kalau karipap fusion yang diletakkan keju di dalamnya. RASA kongsikan resipi karipada daripada seorang rakan facebook Olie Norliy. Istimewanya karipap ini sebab tetap sedap walaupun sudah disejukbekukan.

KARIPAP CHEESE

.

BAHAN-BAHAN (UNTUK 10 KETUL KARIPAP)

BAHAN INTI
Minyak masak
3 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
Daging kisar secukupnya
1 peket keju
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa

CARA MASAK INTI
1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau. Masukkan tomato. Tumis lagi.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
4. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.

BAHAN DOH
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin atau mentega
1 kg tepung gandum
200 ml air sejuk
1 sudu kecil garam


.

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.

CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
2. Letakkan sesudu besar inti.
3. Kelimkan tepi karipap.
4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang.


.

Resipi Oleh Olie Norliy dari Aroma Puff

The post Karipap Daging Cheese, Hidangan Pelengkap Berbuka Puasa appeared first on RASA.

(Visited 11 times, 1 visits today)