Kami Tidak Pernah Berbaik Kembali..

Tidak mahu peminat salah sangka dengan keakraban bersama Kamal Adli, Emma Maembong menjelaskan hubungan mereka sudah lama terkubur. Pernah berusaha untuk memperbaiki namun akhirnya mereka memutuskan untuk menjadi teman rapat sahaja.

“Ya, sudah hampir satu setengah tahun saya bersendiri. Ramai yang beranggapan saya kembali menyambung cinta dengan Kamal, tetapi sebenarnya tidak. Saya aku, saya dan Kamal pernah berusaha dan memperbaiki segala kesilapan dalam tempoh terbabit”

“Kami buat apa yang sepatutnya untuk menyelamatkan hubungan, tetapi ada saja halangan yang terus merintanginya. Kesudahannya, lebih elok kami berkawan baik saja. Kami menyokong usaha antara satu sama lain,” katanya.

Bagaimanapun Emma sedikit pun tidak bermusuh dengan bekas kekasihnya itu dan ingin mengekalkan hubungan baik diantara mereka. Perasan juga kebelakangan ini, Emma dan Kamal sudah tidak kelihatan berdua di media sosial.

Sebelum ini Emma yang juga rapat bersama dengan beberapa pelakon lelaki lain dituduh sebagai ‘playgirl’ dan tidak setia kepada Kamal. Lebih panas lagi apabila Emma menerima hadiah mahal daripada mereka. (rtky/w)

(Visited 112 times, 5 visits today)