Kalau Nak Berat Badan Turun Lagi Cepat, Sambil Bersenam Pakai Baju Ni. Boleh Turun 10KG Dalam 2 Minggu!

Selain dari kawal pemakanan, bersenam juga perlu untuk penurunan berat badan. Tapi untuk kurangkan berat lebih cepat lelaki bernama Afnan Rosli ini berkongsi caranya yang tersendiri.

Mengenakan baju sauna atau sauna suit ketika bersenam dia berjaya menurunkan 10kg dalam masa dua minggu saja. Menarik kan! Rupanya ramai atlet yang menggunakan cara ini untuk turunkan berat.

So untuk korang yang nak turunkan berat badan cepat boleh ikut cara Afnan ni ya.

Cari baju sauna

Saya share tools yang saya guna untuk lose weight cepat. As an athlete dalam sukan yang lawan ikut Kelas Berat ni naik turun berat memang dah jadi benda biasa bagi kami.

Tak caya, boleh tanya atlet Silat Olahraga. Diorang kenal sangat la Sauna Suit ni.

Saya turun 10Kg dalam masa 2 minggu guna sauna suit ini. Beli kat Daiso je. RM6 je. Even Kim Kardashian pun cakap dia turun 7 pound pakai sauna suits.

Sauna suit ni best sebab bila pakai dia burn fat and bagi kita peluh gila-gila. Rasa macam duduk dalam sauna. Peluh keluar macam air paip!

Cuma yang tak best nya, peluh tu bertakung dalam suit ni. (Refer Video). Kalau jogging atas treadmill or workout kat gym, peluh mesti meleleh leleh atas lantai. Takut orang lain jela rasa tak selesa.

Tip guna baju sauna

Ni antara tips saya turun berat dengan cepat gunakan sauna suits ni:

  1. Pakai benda alah ni time buat CARDIO SAHAJA. Kalau time buat latihan bebanan saya tak pakai.
  2. Sapu minyak panas pada tempat-tempat yang kita nak burn fat. Macam perut and lengan. Time saya nak buat Sixpack ritu, saya sapu Lotion Mustajab kat perut & pakai bengkung. Any minyak panas pun boleh.
  3. Of course diet tu korang kena jaga la. Yang tu nanti kita buat another post asing bab tu. Or korang google jela meal plan sesuai ngan body korang.
  4. Drink plenty of water. Air memang WAJIB minum banyak. Sebab bila pakai benda ni korang akan lose banyak fluid. So, kena ganti balik air dalam badan tu. Saya juga minum honey banyak masa process nak turun berat ritu.
  5. Body fat saya turun dari 18% ke 12% dalam masa 2 minggu. Ni cerita Zaman Athlete dulu la.

So, sape yang duk tercari-cari cara nak hilang lemak cepat tu boleh la pi cari benda ni. Dia ada jual seluar sekali, berasingan. Sekali seluar baru RM12. Kalau tak jumpa kat Daiso, cari kat Shopee pun ade.

Tag #share pada kawan2 korang yang dah lama azam turun berat dia terkubur tu.

Sumber: Afnan Rosli

(Visited 85 times, 1 visits today)