Kahwin Online Vs Normal Mana Lagi Mudah?

Gara-gara penularan Covid-19 di negara kita ramai pasangan yang bakal bertunang dan berkahwin terpaksa menangguhkan majlis mereka. Apatah lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semua majlis kahwin hatta akad nikah sekalipun terpaksa di hentikan.

Meskipun begitu ianya hanya sementara dan kini urusan perkahwinan boleh dilakukan dengan menerusi kaedah dalam talian (online) dan juga berkahwin di pejabat agama dengan syarat mematuhi penjarakan sosial dan piawaian lain seperti memakai topeng penutup mulut dan bersarung tangan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya antara dua proses perkahwinan ini, kaedah mana yang lebih mudah? Jom lihat perbandingan antara berkahwin secara normal dan berkahwin secara dalam talian.

Kahwin Normal

Foto – Arkib Wanista

Proses urusan perkahwinan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dilakukan pada ketika ini dengan syarat mematuhi piawai Kementerian Kesihatan sepanjang urusan sebelum dan selepas majlis akad nikah. Ini cara-cara proses perkahwinan normal semasa PKP yang dikeluarkan oleh JAIS.

  • Lengkapkan dan selesaikan segala borang berkaitan untuk berkahwin.
  • Majlis akad nikah dijalankan di premis persendirian
  • Majlis akad nikah dihadiri oleh – seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali, dua orang saksi, dua orang wakil pengantin lelaki, dua orang wakil pengantin perempuan.
  • Urusan majlis akad nikah tidak melebihi 20 minit, termasuk khutbah nikah.
  • Akad nikah dilangsungkan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan.
  • Majlis hendaklah dibatalkan jika sekiranya mana-mana pihak yang menghadiri majlis akad nikah disahkan atau disyaki positif Covid-19.
  • Patuhi langkah-langkah keselamatan disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk menyediakan hand sanitizer, topeng muka dan ikuti jarak selamat antara individu.

Kahwin Online

Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, bakal pengantin yang tinggal di berlainan negeri akan mengalami kesukaran untuk melangsungkan majlis akad nikah. Tetapi dengan langkah inisiatif terbaru kerjasama antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri perkahwinan online boleh dilakukan.

Ini adalah salah satu cara bagi menyelesaikan masalah urusan perkahwinan yang tunda ekoran penularan Covid-19. Jom kita lihat prosedur berkahwin dalam talian di bawah!

  • Isi permohonan Kebenaran Kahwin Online [SINI] *Hanya untuk negeri-negeri yang disenaraikan
  • Pemohon menghubungi pegawai mendapatkan penerangan proses yang akan dilaksanakan.
  • Pengarah Jabatan Agama memberi kebenaran untuk berkahwin jika dokumen lengkap.
  • Pegawai menghubungi pemohon memaklumkan tarikh pernikahan.
  • Pengantin dinikahkan melalui sidang video dan senarai semak proses akad nikah PKP dilengkapkan.
  • Majlis akad nikah dihadiri oleh – seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali, dua orang saksi, dua orang wakil pengantin lelaki, dua orang wakil pengantin perempuan.
  • Urusan majlis akad nikah tidak melebihi 20 minit, termasuk khutbah nikah.
  • Patuhi langkah-langkah keselamatan disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk menyediakan hand sanitizer, topeng muka dan ikuti jarak selamat antara individu.
  • Pemohon hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah negeri masing-masing dengan mengemukakan slip perakuan nikah sementara bagi mendapatkan surat nikah.

*Penting: Untuk makluman permohonan perkahwinan dalam talian (online) hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, dan Wilayah Persekutuan.

Selain dari negeri-negeri yang dinyatakan, pemohon hendak menghubungi pegawai untuk mendapatkan penerangan proses.

Foto – Arkib Wanista

Sebenarnya mana-mana cara perkahwinan adalah mengikut situasi dan keadaan pemohon yakni diri kamu sendiri, mana yang sesuai dan mudah untuk kamu dan pasangan untuk melakukan majlis akad nikah. Dan yang penting segala dokementasi telah selesai dan hubungi pegawai untuk dapatkan kepastian.

Rujukan: 1, 2,

The post Kahwin Online Vs Normal Mana Lagi Mudah? appeared first on Wanista.com.

(Visited 14 times, 1 visits today)