Kadang Ini Puncanya Dan Boleh Jadi Risiko Muntah Sampai Tersedak Susu

Tonton Video Full Dibawah

Kes kematian akibat tersedak susu atau menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap tahun, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ini sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Jadi daripada kes tersedak susu yang berlaku, ini antara faktornya.

Punca Bayi Tersedak Susu

  1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Injap paru- paru anak yang masih kecil.
  2. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
  3. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

Biasa berlaku pada bayi berusia 6 bulan ke bawah, sebab baby ni salur pernafasan dan salur makanan yang terletak bersebelahan masih pendek, bayi pulak kerap jeluak/muak, tinggi risiko susu masuk ke salur pernafasan dan peparu.

Jom kita tengok 5 langkah keselamatan daripada Dr Farhanah Ibrahim untuk kurangkan risiko tersedak susu:

  1. JANGAN SILAP PILIH PUTING SUSU

Bila menyusukan bayi terutama menggunakan botol, jangan pilih lubang puting yang besar. Terlangkupkan botol berisi susu, kalau susu menitik tanpa ada hisapan, maksudnya puting ni tak sesuai terutama untuk bayi 6 bulan ke bawah.

Bila flow susu terlalu laju, baby boleh terkejut. Bila baby terkejut, salur pernafasan dia akan terbukak sikit. Baby boleh hilang kawalan antara proses bernafas dan menelan. So susu yang laju tadi boleh mengalir masuk ke saluran pernafasan  tersedak susu.

  1. JANGAN TINGGALKAN BAYI SENDIRIAN BILA MENYUSU

Kadang-kadang sesetengah parents/pengasuh tinggalkan botol susu dalam mulut baby. Bagi baby 3 bulan ke bawah, disendal dengan kain supaya botol tak jatuh.

Bagi baby 4 bulan pulak kadang dibiar pegang sendiri botol susu dalam mulut sampai baby tertidur.

INI SANGAT BAHAYA!

Bila flow susu ni berterusan, kadang susu terkumpul dalam mulut baby. Dan bila baby nak bernafas, susu tadi boleh termasuk ke dalam peparu  tersedak susu.

Bagi yang menyusukan dengan botol, cara betul adalah pegang/dakap baby dengan meninggikan sikit kepala baby 45 darjah.
Botol susu pun perlu condong sikit untuk make sure bahagian depan botol dipenuhi susu. Kalau botol mendatar, bahagian depan ada angin, so baby akan hisap susu + angin. Hisap banyak angin  baby lebih senang muntah  tersedak susu (lebih-lebih lagi bila muntah dalam tidur).

  1. JANGAN OVERFEEDING

Untuk bayi yang menyusu badan, boleh bagi breastfeeding on demand. Risiko tersedak susu lebih rendah untuk bayi yang menyusu badan, tapi masih ada.

Untuk bayi yang diberikan susu formula terutamanya, elakkan overfeeding.
Sesetengah ibu/pengasuh bagi susu setiap kali bayi menangis, walaupun belum sampai sejam baby baru menyusu.

Ada ibu yang bagi sampai 4-5oz susu formula untuk bayi baru lahir!
Secara amnya boleh rujuk jadual di bawah untuk keperluan susu bayi.

Ada juga ibu yang terpaksa akur bila orang tua-tua cakap anak “tak puas susu” sebab “tercari-cari”, padahal anak baru saja lepas diberi susu.

Rujuk post tentang reflex menghisap di sini:

Overfeeding boleh sebabkan perut baby terlalu penuh dan meninggikan risiko muntah sampai tersedak susu.

  1. JANGAN LUPA SENDAWAKAN BABY

Lepas menyusu, sendawakan baby untuk keluarkan angin.
Boleh buat posisi duduk atau dukung atas bahu.

  1. JANGAN BAGI BAYI TIDUR TERLENTANG TANPA PENGAWASAN

Lepas baby dah tidur, kalau boleh kasi dia mengiring sikit. Supaya kalau muntah, boleh terus mengalir keluar mulut.

Untuk lebih selamat, mak ayah atau pengasuh kena rajin-rajin jenguk bayi yang tengah tidur, just to check if they’re OK. Semoga bermnafaat!

Video Sebab-Sebab Bayi Tersedak Susu :

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 151 times, 1 visits today)