Jual Dan Beli Makanan Di Bazar Online Carousell Dengan Mudah!

Carousell dan Unilever lancarkan perkhidmatan bazar dalam talian (online) dengan hashtag #TetapBuka sepanjang bulan ramadhan ini. Platform dalam talian ini menawarkan ruang untuk pemilik perniagaan tempatan menjual barangan makanan sepanjang bulan puasa dengan mudah dan berkesan.

Langkah yang dibuat oleh Carousell dengan kerjasama Unilever Food Solutions, dapat membantu rakyat Malaysia khususnya peniaga bazar ramadhan meraih pendapatan menerusi platform dalam talian ini.

Tambahan lagi menerusi perkhidmatan dalam talian Carousell, peniaga cuma perlu menyediakan perkhidmatan bungkus (take-away) atas permintaan tanpa perlu membayar premium atau caj komisen seperti yang dikenakan oleh vendor luar.

Dengan menerusi perkhidmatan bazar dalam talian ini bukan saja memberi manfaat kepada peniaga, malah kepada para pembeli yang ingin membeli makanan bazar menerusi perkhidmatan Carousell ini.

Foto – Arkib Wanista

Langkah Menjadi Peniaga Dalam Talian Carousell

Foto – Arkib Wanista
  1. Buat satu senarai dan sertakan nama kedai dan juga senarai makanan yang ingin kamu jual. Kamu boleh menyenaraikan makanan yang ingin di jual mengikut kategori (lihat bawah).
  2. Pilih kategori Food & Drinks > pilih Local Delights > Kemudian pilih kategori “Halal” atau “Non-Halal
  3. Setelah itu, muat naik gambar kedai, gambar menu dan gambar makanan yang ingin kamu jual.
  4. Masukkan maklumat yang jelas mengenai kaedah melakukan pesanan dan alamat yang tepat bagi memudahkan urusan pengambilan makanan oleh pelanggan.

Cara Beli Makanan Bazar Dalam Talian

Foto – Arkib Wanista
  • Muat turun aplikasi Carousell di dalam telefon.
  • Buka aplikasi dan tap pada kategori ‘Selera Tempatan’.
  • Layarkan berdasarkan lokasi – buat larasan pada lingkaran bagi mencari dan membuat tempahan di gerai tempatan yang berdekatan dengan kamu.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan ramadhan ini, rakyat masih lagi dapat menikmati penjual dan membeli makanan bazar secara alternatif yang lebih berkesan dan mudah dengan adanya platform-platform dalam talian seperti ini.

Jadi lepas ni kamu dah boleh buat pesanan awal bagi memesan makanan kegemaran di bazar dalam talian Carousell hari ini.

Foto – Arkib Wanista

Dan jangan lupa amalkan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan ‘takeaway’ seperti:

  • Amalkan penjarakan sosial yang selamat ketika beratur mengambil pesanan makanan.
  • Guna kaedah pra-pesanan dengan mengambil pesanan lebih awal.
  • Pelanggan juga boleh pertimbangkan untuk membawa sendiri bekas makanan yang bersih apabila membeli makanan.
  • Amalkan langkah kebersihan sepanjang masa ketika hendak mengambil makanan seperti memakai topeng muka dan sanitizer dengan kerap.

Apa tunggu lagi, jom buka aplikasi Carousell hari ini dan lihat menu yang ingin kamu beli. Manakala bagi peniaga-peniaga di luar sana, ini adalah platform terbaik untuk kamu jana pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan!

The post Jual Dan Beli Makanan Di Bazar Online Carousell Dengan Mudah! appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)