Jom Buat Pulut Pagi Untuk Sarapan

Hari raya ni, sedap juga kalau makan pulut kan? Pulut Pagi antara popular dalam kalangan masyarakat Pantai Timur. Hidangan ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, RASA sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.

PULUT PAGI

BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul

BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan

CARA MEMASAK:

  1. Kukus atau tanak pulut bersama daun pandan sehingga masak.
  2. Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
  3. Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
  4. Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.

Selamat mencuba!

The post Jom Buat Pulut Pagi Untuk Sarapan appeared first on RASA.

(Visited 1 times, 1 visits today)