Jika Anda Mengalami Dugaan Luar Biasa Yang Membuatkan Hampir Berputus Asa, Ibu Muda Ini Kongsikan Amalan Yasin 7 Mubin Ini.

Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin #7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.

Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.

Ayat mubin ni ada pada ayat 12,17,24,47,60,69,& 77

Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku.

Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.

Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.

Sejak itu..
Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama-sama menjadi amalan.

Sumber: AtieQa Hod

Dipetik dari : https://www.mingguanwanita.my/sesiapa-yang-ditimpa-ujian-atau-dugaan-luar-biasa-wanita-ini-pesan-amalkanlah-yasin-7-mubin/

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 3,368 times, 13 visits today)