Jenama Zara Secara Rasmi Tutup Kedai Seluruh Dunia!

Zara dilaporkan akan menutup sebanyak 1,200 kedai di seluruh dunia kerana peruncit pakaian mahu meningkatkan penjualan atas talian sejak timbulnya pandemik Covid-19. Kiranya mereka mahu tutup kedai tapi penjualan atas talian masih diteruskan.

Penutupan dijangka tertumpu di Asia dan Eropah. Difahamkan, 107 kedai di UK tidak terlalu terjejas dengan ketara.

Inditex, salah satu peruncit pakaian terbesar di dunia telah mengalami kerugian besar semasa penularan wabak Corona, dengan penjualan menurun hampir 44% antara 1 Februari dan 30 April, pada suku pertama.

Syarikat melaporkan kerugian bersih €409m pada suku tersebut. Hampir satu perempat daripada kedainya tetap ditutup pada 8 Jun.

Walau bagaimanapun, penjualan atas talian meningkat 50% pada suku tersebut, dan meningkat 95% pada bulan April.

Sama ada Malaysia turut terjejas atau tidak, nanti kita tengok. Kalau tiba-tiba mereka mengeluarkan notis dan jualan murah maka tamatlah riwayat Zara di sini.

RUJUKAN

The post Jenama Zara Secara Rasmi Tutup Kedai Seluruh Dunia! appeared first on Wanista.com.

(Visited 1 times, 1 visits today)