Jenama Cuka Epal Yang Dipercayai, 4 Khasiat Jadi Milik Anda

Cuka epal memang diakui keberkesanannya!

Memandangkan terlalu banyak jenama di pasaran, menjadikan kita pengguna musykil untuk membeli cuka epal yang benar-benar memberi kebaikan pada kesihatan diri.

Supaya anda lebih yakin, pilihlah produk organik yang diperakui seperti Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar dengan komponen utama asid asetik serta bahan lain seperti asid laktik, asid sitrat, asid malik dan bakteri baik.

Bagusnya jenama ini kerana ia dibuat daripada buah epal organik yang ditanam secara eksklusif di wilayah Trentino-Alto Adige dan bebas daripada racun perosak, baja kimia dan unsur GMO. Cuka epal ini kaya dengan rasa dan mempunyai tahap asid yang rendah, menjadikannya sesuai untuk penyediaan salad dan makanan lain.

Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar. Foto – Arkib Wanista

Jenama ini dipercayai kerana ia mampu memberi khasiat seperti:

Tingkatkan sistem imunisasi

Merawat masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan sakit tekak seperti orang lain. Pengambilan cuka epal yang mengandungi asid amino, kalium dan enzim membantu menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan. Cuba resipi berikut yang pasti dapat memberi tenaga di saat anda berasa lesu:

Membantu menguruskan badan dan penyerapan nutrisi

Mengekalkan kesihatan dan berat badan ideal memang mencabar, cuka epal ke dalam diet untuk manjaga berat badan. Sains turut menyarankan kaedah ini.

Foto – Arkib Wanista

Satu kajian dalam Journal of Functional Foods pada tahun 2008 membuktikan penambahan satu sudu cuka epal ke dalam pemakanan mampu mengurangkan lemak pada perut selain membantu menyelesaikan masalah kesihatan lain.

Kebersihan mulut

Walaupun sibuk sepanjang hari, sentiasa untuk alert dengan miliki nafas yang segar dan kesihatan mulut yang baik. Rahsianya, tonik cuka epal yang diambil pada waktu pagi yang terbukti memiliki sifat antikulat yang membantu melawan radang membran mukus, menurut Journal of Prosthodontics, 2015.

Menangani masalah senggugut

Atasi masalah senggugut dengan pengambilan cuka epal dari hari pertama hingga hari terakhir kitaran haid. Ia dipercayai dapat mengawal atur kitaran haid dan memendekkan tempohnya. Kandungan kalsium dan kalium dapat melegakan kekejangan otot yang menyebabkan kesakitan senggugut.

Foto – Arkib Wanista

Jadikan tonik Apple Cider Vinegar sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Ketahui lebih lanjut mengenai Alce Nero di SINI dan laman Facebook.

Selamat Beramal!

The post Jenama Cuka Epal Yang Dipercayai, 4 Khasiat Jadi Milik Anda appeared first on Wanista.com.

(Visited 1 times, 1 visits today)