Jejari Oats Dan Semperit Susu Jadi Rebutan

Puas rasanya dapat nikmati biskut raya yang rangup dan memenuhi citarasa. Memang boleh habis sebalang kalau asyik menghadap biskut ni. Kos membeli pun boleh tahan tinggi. Apa kata kalau dah suka dengan biskut yang ini membuatnya sendiri dengan citarasa masing-masing.

Jejari Oats

BAHAN-BAHAN

250gm oats
430gm tepung gandum
230gm gula kastor
1 1/2 sudu makan serbuk koko
200gm minyak sapi
125gm butter
Serbuk susu- untuk coating

Cara membuat:

1.Campurkan oats, caster sugar, cocoa powder, minyak sapi dan butter di dalam mangkuk pengadun. Gaul dengan spatula kayu atau whisker hingga rata.
2.Ayak tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan oats sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga membentuk doh. Tepung tak semestinya diguna semua. Agak-agak sesuai untuk dicanai dan boleh dipotong.
3.Canai setebal 1 cm dan potong berbentuk segiempat bujur seperti jejari.
4.Bakar pada suhu 170 darj celcius selama 15min – 20min menggunakan api atas dan bawah. Tak perlu hingga terlebih garing kerana, walaupun masih agak lembut waktu siap dibakar tetapi setelah sejuk ia akan mengeras dan rangup.
5.Sejukkan jejari oats di atas rak dawai dan golek-golekkan di dalam susu tepung hingga tersalut sepenuhnya. Simpan dlm bekas kedap udara.

Biskut Semperit Susu

Bahan-bahan:

250gm susu pekat manis
250gm butter,lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak
500gm tepung jagung
50gm tepung gandum

Cara membuat:
1.Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula @s usu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
1.Masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. ( Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung)
2.Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau choc chips di atasnya. Rehatkan 30 minit.
3.Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 160C untuk 17- 20 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

Resepi dan foto: Rozita Hasan

The post Jejari Oats Dan Semperit Susu Jadi Rebutan appeared first on RASA.

(Visited 3 times, 1 visits today)