Jangan Paksa Tapi Pujuk – Faizal Tahir Tunjuk Cara Didik Anak Solat Dari Kecil

Tonton Video Full Dibawah

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Syabas Faizal Tahir

Peranan ibu bapa cukup penting dalam mencorak masa depan anak-anak malah mereka juga perlu konsisten dalam memastikan contoh yang baik diterapkan secara berterusan supaya anak-anak mereka dapat mencontohi perkara baik yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Begitulah apa yang dilakukan oleh penyanyi terkenal Faizal Tahir yang menunjukkan cara bersolat kepada anak bongsunya, Khalid Al-Walid. Menerusi Instagram beliau, Faizal Tahir telah berkongsi video bagaimana beliau memujuk anaknya itu untuk menunaikan rukun Islam kedua itu.

Video itu telah mendapat perhatian pengikutnya di Instagram. Ramai yang memuji cara penyanyi Gemuruh itu mendidik anak sejak dari kecil lagi malah ada juga di antara mendoakan agar anak bongsunya itu menjadi anak yang soleh apabila sudah dewasa kelak.

Comelnya!

Bagus cara didikan Faizal…

Suka tengok Khalid…

Semoga jadi anak yang soleh…

Sumber : Faizal Tahir via OhMyMedia

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 124 times, 1 visits today)