Jangan Gaduh-Gaduh! Antara Mak & Ayah, Sebenarnya Anak Banyak Ikut Genetik….

“Anak aku ni ikut muka siapalah, perangai rasanya macam ikut ayah dia..”

Sudah semestinya kita pernah tertanya-tanya tidak kira sama ada pada awal kehamilan atau selepas bersalin, wajah anak akan ikut siapa? Boleh cetuskan pergaduhan juga bila si ibu dan ayah masing-masing nak anak ikut kriteria mengikut diri masing-masing.

Jangan gaduh-gaduh, semua ini hanya kebetulan sahaja dan yang paling penting adalah anak dilahirkan sihat ya!

ANTARA MAK DAN AYAH, BAYI IKUT GENETIK SIAPA?

Ini merupakan perdebatan antara mak dan ayah yang tidak akan pernah habis. Jika sebelum ini viral di laman media sosial mengenai statement ‘anak akan mewarisi IQ si ibu’, kali ini ramai yang tertanya-tanya siapakah yang menentukan kebanyakkan genetik bayi.

1.Mata

Menurut kajian, dikatakan bahawa kebanyakkan genetik mata adalah mengikut genetik mata si ibu. Bukan itu sahaja, selain mata, hidung, bibir dan bentuk wajah juga dikatakan mewarisi genetik si ibu.

2.BULU MATA

Cuba perhatikan bulu mata si anak dan si bapa, ada persamaan atau tidak? Hal ini kerana, genetik bulu mata si anak dikatakan diawarisi dari bulu mata si bapa.

3. TELINGA

Berpihak kepada si bapa lagi adalah genetik telinga. Tetapi jangan risau, ada juga genetik telinga datang dari genetik si ibu.

4.KETINGGIAN

Berbeza pula dengan ketinggian dimana genetik ini diwarisi secara separuh oleh mak dan ayah. Jadi, jangan bergaduh tentang ketinggian anak-anak kerana semuanya dibahagi sama rata ya!

5.KECERDASAN

Anak lebih aktif? Hal ini kerana tahap kecerdasan anak diwarisi dari kecerdasan si ibu. Maknanya, kalau anak anda aktif mesti mewarisi kecerdasan si ibu.

6.PERANGAI

Kalau dari segi perangai mesti mak ayah akan bergaduh bukan? Bukannya apa, kadang-kadang ada sahaja perangai yang baik dikatakan macam si ibu dan perangai sebaliknya dikatakan macam si ayah.

Sumber: Tips Ibu Sehat

(Visited 4 times, 1 visits today)