Inilah Yang Anda Perlu Lakukan Apabila Kaki Anda Kerap Mengalami ”Cramp”…Mohon Kongsikan Pada Yang Lain.

Aktiviti yang berlebihan dan otot mengalami keletihan.

-Anda kekurangan kalsium dan magnesium

-Dehidrasi

-Mungkin juga disebabkan kesan-kesan sampingan ubatan.

Apa yang anda kena lakukan kalau kaki kejang???

-Cari tempat duduk dan bersandar

-keluarkan kasut

-Jangan bengkok tau! Kedudukan yang melentur boleh menekan lagi pada kawasan otot.

-bila jari kaki menguncup, tolak perlahan-lahan jari kaki biar menaik dengan mengguna tangan korang.

-Bila kejang otot dah reda, urut tapak kaki anda biar darah mengalir semua dengan baik dan lancar okay!

Oleh Feyra Nasrom. Sumber dari Abang terlajak Laris

Via:sinarfm

Cara Mengelak Masalah Kejang dan Urat Simpul

Kejang betis adalah sesuatu yang menyakitkan walaupun id tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang. Tempoh berlakunya juga tidak lama,namun setiap kali ia menyerang, ia mampu membuatkan anda mengerang kesakitan.

Ibu hamil tidak terkecuali menghadapai masalah yang sama dan kerap berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Pakar kesihatan menyatakan bahawa masalah ini kerap dialami oleh ibunhamil kerana kandungan nutrient dah garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah ibu hamil berkurang kerana turut dikongsi bersama bayi yang dikandungnya.

Perut yang semakin memboyot dengan berat bayi yang semakin bertambahseiring dengan usia kandungan memberi tekanan kepada salur darah pada bahagian kaki. Otot kaki tidak mampu menampung bebanan ini dan ia menyebabkan kejang.

Bagi menghilangkan ketegangan ini, ada beberapa kaedah yang boleh anda cuba antaranya:

rendam kaki air suam
Rendam kaki dengan AIR SUAM

Urut bahagian yang kejang.
Buat sedikit regangan dan menegakkan kaki dan menggerakkan tapak kaki
Bangun dan berjalan perlahan-lahan
Digalakkan lakukan senaman ringan atau pergerakan ringkas  sebelum tidur bagi mengelak kekejangan.
Lakukan senaman tapak kaki sebelum tidur dengan membengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas,lakukan secara berulang.
Mandi air suam sebelum tidur
Minum banyak air kosong
Selain itu, ibu-ibu juga sering mengalami urat simpul atau vena varikos dan ia kerap berlaku di kaki terutamanya betis. Ia berlaku kerana darah terkumpul akibat gagal mengalir dengan lancar.

Puncanya lebih kurang sama denganmasalah kejang, iaitu bebanan bayi yang semakin membesar menyebabkan plasenta (uri) dan uterus (rahim) menekan salur darah pada bahagian pelvic. Salur darah ini terpaksa bekerja sekali ganda berbanding biasa dan tekanan yang diterima menyebabkan darah dari kaki sukar mengalir kembali ke jantung.

Urat simpul boleh menyebabkan kegatalan pada kulit di mana urat simpul berlaku,pembengkakan pada tapak kaki dan buku lali, kejang dan lenguh.

Bagi mengelak urat bersimpul, anda perlu banyak melakukan pergerakan seperti berjalan atau senaman ringan.

Jika tidur, cuba mengiring ke kiri bagi mengelak seluran darah di bahagian kanan anda tertekankerana bahagian ini yang bekerja mengalirkan darah.

Apa perlu dilakukan apabila serangan kram berlaku:
Mencari tempat untuk duduk / bersandar.
Keluarkan kasut
Angkat kaki anda di atas riba
Jangan bengkok, kerana kedudukan lenturan boleh menekan kawasan otot
Kadang kala apabila serangan berlaku kekejangan menyebabkan keadaan jari kaki menguncup, menggunakan tangan anda untuk perlahan-lahan menolak jari kaki menaik untuk membuka semula
Apabila kekejangan telah reda, mengurut tapak kaki sehingga mengalir darah yang semula dengan lancar.

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 287 times, 2 visits today)