Ini Resipi Masak 1 Kilogram Daging Salai Style Asli Negeri Sembilan

Kalau masak lemak cili api, memang Negeri Sembilan adalah negeri terkenal dengan resipi ini. Salah satu hidangan paling femes adalah daging salai masal lemak cili api. Lauk ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Kuahnya memang sedia pedas, jadi tak perlu ada sambal dah. Cukup sediakan sepiring ulam sebagai pelengkap.

Resipi ini dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di facebook group RASA Share Resepi.

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

BAHAN DAGING SALAI
1 kg daging batang pinang
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUAT DAGING SALAI
1. Cuci daging. Kemudian dikelar-kelar.
2. Gaul dengan serbuk kunyit. Perap sekejap.
3. Salai menggunakan sabut kelapa atau arang sehingga kering.
4. Hiris nipi-nipis. Ketepikan.

BAHAN MASAK LEMAK CILI API
Segenggam cili api
6 cm kunyit hidup
3 tangkai serai
Sedikit air
1 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
3 papan petai (kikis kulit dan direbus seketika)

Bahan nak masak lemak cili api.

Petai ni, kikis macam ni ye.

CARA MEMBUAT MASAK LEMAK CILI API
1. Cili api dan kunyit hidup ditumbuk halus.
2. Tumbuk serai sampai pecah.
3. Masukkan daging salai, cili api, kunyit dan serai bersama sedikit air. Rebus seketika.
4. Agak-agak daging sudah empuk, masukkan santan. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
5. Masukkan asam keping dan garam.
6. Masukkan petai. Biarkan mendidih. Matikan api.

Sebelum tuang santan, dia akan jadi macam ni.

Kredit Resipi: SuiSan Aliezsha

The post Ini Resipi Masak 1 Kilogram Daging Salai Style Asli Negeri Sembilan appeared first on RASA.

(Visited 3 times, 1 visits today)