Ini Resepi Roti Keto Paling Sihat Di Dunia!

Resepi roti keto atau roti rendah kalori ini sangat bagus untuk kamu yang ingin kurus dan sedang diet. Dengan roti rendah kalori ini kamu tidak perlu risau dengan diet pemakanan dan paling penting roti keto ini sangat menyihatkan!

Bagi yang mengidam makan roti tanpa perlu risau dengan kalori maka resepi roti keto ini sangat sesuai untuk kamu cuba.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung almond
  • 1 cawan tepung arrowroot (tepung ubi kayu)
  • 1/3 cawan tepung kelapa
  • 1 sudu teh garam laut
  • 2 sudu teh yis serbuk aktif
  • 1 ½ sudu teh biji chia
  • 2 sudu teh serbuk organic psyllium husk
  • 1 ½ cawan air
  • 2 sudu teh sirap maple (dicampurkan dengan yis untuk merendahkan index glycemic)
  • 1 biji telur
Foto – The Spruce Eats

Cara membuat

  1. Ambil mangkuk besar kemudian masukkan tepung almond, tepung ubi kayu, tepung kelapa dan garam laut. Gaul sebati.
  2. Kemudian panaskan air pada suhu 105-110 fahrenheit, tambah dua sudu sirap maple dan gaul rata. Selepas itu masukkan yis dan gaul lagi sekali dan biarkan seketika selama 10 minit. Yis akan mula membentuk foam atau buih (jika tidak jadi, kamu harus ulang lagi sekali sehingga yis menjadi buih atau foam)
  3. Selepas itu masukkan biji chia dan serbuk psyllium ke dalam yis dan gaul rata. Biarkan seketika selama satu minit sehingga menjadi tebal dan kacau lagi sekali.
  4. Tuang yis yang tebal bercampur biji chia ke dalam bahan-bahan kering itu tepung tadi dan gaul dengan menggunakan senduk kayu. Gaul sehingga bahan-bahan diadun sepenuhnya.
  5. Doh menjadi sedikit melekit, kemudian keluarkan doh dan letak di papan uli. Kemudian uli doh selama satu minit.
  6. Selain menguli masukkan semula doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap. Simpan doh di tempat yang hangat dan biarkan doh kembang selama satu jam.
  7. Selepas satu jam, keluarkan doh dan bahagi doh kepada dua. Celup tangan ke dalam air sedikit dan bentukkan doh menjadi bebola kecil.
  8. Selesai bentukkan doh menjadi bebola kecil, sapu telur ke atas doh bebola tersebut. Kamu juga boleh membuat bentuk atau potongan pisau di atas doh.
  9. Masukkan doh ke atas dulang membakar dan masak selama 35-40 minit di dalam ketuhar atau oven. Penting semasa memasak, pastikan suhu ketuhar atau oven pada 205-210 fahrenheit.
  10. Setelah roti siap di bakar, biarkan roti sejuk seketika dan sedia untuk dihidang. Kamu juga boleh simpan roti di dalam bekas kedap udara dan panaskan semula pada suhu 375 fahrenheit selama 5-10 minit apabila hendak makan.

Sebab Roti Keto Sangat Sihat

Tepung Almond

Tepung almond merupakan bahan yang bebas gluten dan ia mengandungi nutrisi seperti iron 23%, kalsium 30%, serat diet 56%, dan potasium 23%. Nutrisi-nutrisi seperti ini mambantu untuk membina tulang yang kuat dan menyeimbangkan kesihatan anggota badan dan otak.

Foto – Arkib Wanista

Tepung Ubi Kayu

Tepung ubi kayu juga merupakan salah satu bahan yang bebas gluten. Untuk makluman tepung ubi kayu ini mengandungi iron 2.4%, kalsium 5.1%, serat diet 18%, potasium 14 mg, dan sodium 2.6 mg. Sumber-sumber nutrisi ini dapat meningkatkan sel darah merah, mencegah anemia dan menguatkan sistem imun diri.

Foto – Arkib Wanista

Tepung Kelapa

Tepung kelapa ini sama seperti tepung almond dan tepung ubi kayu di mana tepung ini juga bebas gluten. Tepung ini mengandungi nutrisi-nutrisi seperti potasium 211 mg, sodium 22 mg, serat 1.7 g dan protein 4.35 g.

Sumber nutrisi ini memberi keperluan untuk pertumbuhan otot, membaiki sel tisu yang rosak, meningkatkan hormon dan keperluan lain di dalam tubuh.

Foto – Arkib Wanista

Garam Laut

Penggunaan garam laut di dalam masakan mengandungi jumlah sodium yang tinggi, selain itu ia juga mengandungi sumber nutrisi lain seperti sodium 2.325 mg, iron 0.1%, kalsium 0.1% dan potasium 0.5 mg.

Foto – Arkib Wanista

Serbuk Yis Kering

Bagi yang kurang tahu serbuk yis kering ingin bukan sekadar membantu menjadikan roti gebu dan lembut ia juga mengandungi nilai-nilai nutrisi yang bagus untuk kesihatan seperti iron 1%, kalsium 0.2%, protein 3.2 g, serat 2.2 g, potasium 76 mg, dan sodium 4 mg.

Foto – Arkib Wanista

Biji Chia

Rata-rata kini ramai yang sudah mula menjadikan amalan memakan biji chia di dalam diet pemakanan. Sebab apa biji chia ini sangat bagus adalah kerana sumber nutrisi yang tinggi seperti iron 5.1%, kalsium 5.8%, vitamin C 0.3%, vitamin A 0.1%, serat 4.1 g, protein 2 g, potasium 49 mg, dan sodium 1.9 mg.

Foto – Arkib Wanista

Vitamin-vitamin yang terkandung pada biji chia bagus untuk mata dan penglihatan. Selain itu ia juga bagus untuk pertumbuhan tisu dan membaiki sel, luka dan membentuk kolagen.

Serbuk Organic Psyllium Husk

Serbuk ini sebenarnya berasal dari biji pokok ‘Plantago Ovata’ ia kaya dengan iron 18%, kalsium 2%, protein 5 g, serat 13.8 g, potasium 378 mg, dan sodium 0.6 mg.

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang ingin berdiet, ingin kekal sihat dan cergas maka resepi roti keto ini sangat sesuai untuk kamu cuba dan masak di rumah.

Selamat mencuba♥

The post Ini Resepi Roti Keto Paling Sihat Di Dunia! appeared first on Wanista.com.

(Visited 1 times, 1 visits today)