Ini Rahsia Untuk Elakkan Habuk Tidak Melekat Pada Kipas

Bagi mereka yang mementingkan kebersihan, kewujudan habuk pada bilah-bilah kipas pastinya merupakan sebuah pemandangan yang menyakitkan mata. Tips kali ni kami nak kongsikan kepada anda ialah untuk menghindarkan kipas anda dari melekat dengan habuk dan bahan-bahan yang digunakan untuk tips ini sangat mudah didapati.

RAHSIA HABUK TAK MELEKAT PADA KIPAS

Bengang jer rasanya bila kipas yang dibersihkan, tak sampai seminggu dah berabuk semula.

Ni haa, cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas.

Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer.

Caranya:

1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.

3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.

4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.

5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.

6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!

7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.Hu2

Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni??

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 16,567 times, 107 visits today)