Ini Cara Buat Pisang Goreng Rangup Yang Confirm Sedap

Petang-petang makan pisang goreng memang best. Lagi-lagi kalau panas-panas. Cecah pula dengan sambal kicap. Wow sangat kan? Nak tahu cara buat pisang goreng rangup krup krap? Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini.

PISANG GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN
250 gram tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
1 biji telur ayam
2 sudu besar minyak masak
1/4 sudu kecil air kapur
Air suam secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Pisang secukupnya

CARA-CARA
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung ubi, serbuk kunyit, garam halus, gula, telur ayam, minyak masak dan air kapur.
2. Tuangkan air suam perlahan-lahan. Bancuh sampai agak-agak cair sesuai sebagai tepung bancuhan.
3. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur agak pekat supaya pisang disalut tepung .
4. Kacau sebati.
5. Panaskan minyak masak. Celup pisang ke dalam bancuhan. Goreng dan toskan.

Kredit Resipi: Farisha Sofea

The post Ini Cara Buat Pisang Goreng Rangup Yang Confirm Sedap appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)