Info! Sungai Paling Panas Sampai Membunuh Ada Di Amazon

Hari ini, Wanista nak kongsikan info berkaitan sebuah sungai yang terdapat di hutan Amazon yang tidak ramai ketahui. Menariknya sungai ini ada kisah unik yang boleh membunuh kita semua.

Foto – Telegraph

Sungai Shanay Timpishka atau La Bomba

Sebuah sungai di kawasan hutan Amazon yang menjadi tempat suci penduduk asli di sekitar dikatakan mendidih dan mampu menyebabkan haiwan yang terjatuh ke dalam sungai tersebut mati kepanasan.

Sungai Shanay Timpishka atau dikenali sebagai La Bomba.

Disebut sebagai Shanay Timpishka yang bermaksud mendidih dengan kepanasan matahari, merujuk pada keanehan sungai tersebut. Nama lain bagi sungai ini ialah La Bomba, dan terletak di dalam hutan Amazon di Peru.

Panas Mendidih Sampai Boleh Bawa Maut

Secara umum kita tahu bahawa kawasan air panas mempunyai magma yang mampu memanaskan air di bawah permukaan bumi dan berdekatan dengan gunung berapi. Tetapi sungai ini yang sepanjang 6 kilometer mendidih di sepanjang laluannya dan jarak gunung berapi terdekat ialah 700 kilometer.

Foto – Boiling River Project

Sungai yang selebar 25 meter dan sedalam 6 meter ini suhunya direkodkan 45c sehingga 100c darjah celsius, agak panas dan tidak hairan kalau binatang yang jatuh akan mati.

Sungai yang luar biasa ini sebenarnya mendidih kerana di bawah permukaan bumi hutan tersebut ada geothermal. Rekahan pada permukaan bumi menyebabkan air yang dipanaskan di dalam bumi mula keluar, dan ini adalah sebab kenapa ada negara yang tidak mempunyai gunung berapi tapi ada kolam air panas.

Foto – Telegraph

Lagi yang pelik, masyarakat Asli di sana mengambil air sungai ini untuk membuat minuman panas. Kedengaran agak pelik tapi itulah realiti. Manusia masih lagi boleh berenang, cuma masa hujan lebat kerana bercampur dengan air sejuk. Haiwan yang mengambil risiko untuk berenang dalam sungai ini sebenarnya memasakkan kulit mereka dari dalam hingga ke luar.

Foto – Telegraph

Menarikkan… siapa sangka hutan Amazon miliki banyak rahsia yang tidak diterokai.

RUJUKAN : 1, 2

The post Info! Sungai Paling Panas Sampai Membunuh Ada Di Amazon appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)