Ibu Ada Anak Perempuan Patut Buat Period Kit Ini Supaya Anak Tak Kalut Hadapi Waktu Itu!

Loading...

Bagi yang ada anak perempuan umur 9 tahun ke atas terutamanya boleh ikut apa yang dikongsi oleh Syahirah Omar yang menyediakan Period Kit untuk anak perempuannya!

Apatah lagi zaman sekarang anak-anak perempuan datang haid kali pertama pada usia yang cukup muda. Seawal sembilan tahun sudah ada yang mengalaminya.

Anak yang masih kecil ini mungkin belum ada pengetahuan yang cukup tentang haid jadi period kit ini yang disediakan oleh ibu boleh membantu pada waktu mereka memerlukan.

Period Kit untuk anak perempuan

Bagi Pagi ni aku nak share tentang period kit buat anak perempuan kita.

Aku tak pasti mak mak lain buat macamana, tapi aku nak kongsikan persediaan untuk anak perempuan kita yang bakal melalui period buat kali pertama.

Memandangkan anak aku anak istimewa, effort tu kena lebih sikit.Persediaan tu aku dah buat beberapa tahun lepas. Aku gunakan kaedah social story untuk ceritakan pada dia apa yang dia perlu lakukan kalau tiba tiba period kali pertama di sekolah.

Aku sediakan period kit yang mengandungi:
– Pad
– Underwear
– Plastik bag sampah eco
– Calendar, pen dan note book
– Hand sanitizer
– Baby wipes
– Print kertas arahan step by step di bawah. Isikan di dalam satu bag berzip yang mudah untuk dibawa kemana saja.


Apa perlu anak buat

Aku kongsikan social story buat anak aku ya. Maaf jika dalam Bahasa Inggeris.

What to do when you get your first period?

1. You may have noticed some spots of blood in your underwear.Don’t panic! The blood might be red, brown, or even blackish.

2. Keep calm, tell your mom or class teacher ( whisper in her ear)

3. Get your period kit and go to the toilet.

4. Unwrap the pad, remove the backing to expose the sticky side of the pad.

5. Center the pad in the middle part of your underwear. Pull up your underwear.

6. Keep your dirty underwear in a plastic bag.

7. Wash your hands.

8. Mark the date on your calendar.

9. Change your pad every 3 to 4 hours. ( sooner if you have a really heavy flow)

Tip

  • Arahan ini, boleh dijadikan dalam bentuk bergambar. Tak semua anak suka arahan dalam bentuk bertulis. Print dan masukkan di dalam period kit tadi . Maklumkan pada guru kelas yang kita sudah sediakan period kit dalam beg sekolah anak.
  • Setiap anak kita berbeza level kefahaman mereka. Seeloknya kita tunjukkan bagaimana untuk gunakan pad dengan cara yang betul. Bagaimana untuk basuh, bagaimana untuk buang.
  • Untuk anak istimewa, lebih mencabar. Mak mak perlu ajar anak dengan lebih kerap. Tuang sedikit pewarna merah di seluar dalam dan pad, tunjuk pada anak dan latih anak. Rutinkan mereka supaya walaupun mereka tidak bertutur sekalipun, mereka akan cuba ikut apabila dirutinkan.
  • Ceritakan pada anak, yang mereka perlu jaga aib mereka apabila datang haid. Bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Ceritakan juga mereka sudah wajib untuk solat dan menutup aurat. Cuma, rutin solat dan menutup aurat tu perlu dibuat sejak mereka kecil lagi bukan selepas didatangi haid.
  • Ceritakan yang akan berlaku perubahan pada diri mereka. Contohnya perubahan pada buah dada, private part, ketiak.
  • Ceritakan juga berapa hari kitaran haid, apa yang mereka tidak boleh lakukan sepanjang haid, dan apa yang akan berlaku jika mereka melakukan hubungan sex setelah di datangi haid.
  • Jangan malu untuk ceritakan pada mereka dengan menggunakan bahasa yang betul. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Apabila mak ayah tak berceritalah mereka mula mencari jawapan sendiri dan perasaan ingin mencuba tu meluap luap.
    Semoga bermanfaat.

-Syahirah Omar
Mak anak istimewa

Sumber: Syahirah Omar

The post Ibu Ada Anak Perempuan Patut Buat Period Kit Ini Supaya Anak Tak Kalut Hadapi Waktu Itu! appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 14 times, 1 visits today)
Loading...