Hilang Pekerjaan Masa PKP, Ini Yang Kamu Perlu Buat

“Apalah nasib masa-masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, majikan berhentikan kerja macam mana nak survive ni”

Kehilangan mata pencarian di saat pandemik ini pasti menyakitkan terutama individu yang perlu menyara keluarga. Tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai yang telah hilang pekerjaan, hal ini menggusarkan hati ramai orang.

Bagi mereka yang telah hilang mata pencarian semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, ada beberapa perkara yang perlu kamu tahu dan lakukan demi untuk teruskan kelangsungan kehidupan sepanjang PKP ini.

Mohon Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

Foto – Perkeso

Bagi individu yang kehilangan pekerjaan kerana syarikat terjejas teruk semasa pandemik ini, pekerja yang mempunyai insuran pekerja (PERKESO) boleh membuat permohonan SIP atau Sistem Insurans Pekerjaan.

Insurans ini dapat menjadi ‘payung’ sementara buat individu yang kehilangan pekerjaan untuk berteduh, sementara mencari pekerjaan baharu.

Buat individu yang telah kehilangan pekerjaan semasa PKP ini, kamu boleh menyemak kelayakan SIP di [SINI], jika kamu layak untuk memohon, maka ikuti segala syarat dan lengkapkan butiran yang dikendaki di laman sesawang Perkeso.

Kawal Kewangan

Foto – World Education Services

Apabila mendapat notis diberhentikan kerja oleh majikan, perkara utama yang perlu kamu lakukan adalah membuat perkiraan bajet perbelanjaan. Bajet perbelanjaan ini penting untuk kamu melangsungkan kehidupan dengan lancar untuk tempoh beberapa bulan kehadapan.

Dengan wang yang ada dalam simpanan, kamu harus bijak berbelanja dan menggunakannya untuk mencari kerja baharu di kemudian hari nanti.

Cari Punca Pendapatan Baru

Foto – Arkib Wanista

Mungkin sebelum ini ramai yang diberhentikan adalah dari kalangan orang yang makan gaji, mungkin selepas ini kamu boleh beralih dengan bekerja sendiri pula. Ramai sebenarnya rakyat Malaysia memiliki bakat dan kebolehan untuk bekerja sendiri.

Cuma tidak berani untuk memulakan langkah pertama untuk membina perniagaan sendiri. Seperti contoh mungkin kamu boleh cuba bernaga secara dalam talian dengan menjual makanan, pakaian, kosmetik.

Atau membuka perniagaan memberi perkhidmatan rekaan grafik, menjadi tutor dalam talian dan bermacam-macam jenis perniagaan yang boleh kita lakukan semasa PKP ini.

Yang penting jangan putus asa dalam mencari sumber rezeki InsyaAllah pintu rezeki pasti ada dan terbuka untuk kita semua yang sabar.

Jaga Hubungan Dengan Majikan

Foto – Youth Incorporated Magazine

Meskipun ada dikalangan kamu diberhentikan semasa PKP, tetapi jangan jadikan ia sebagai faktor untuk kamu membenci majikan kerana mereka juga membuat keputusan sebegitu disebabkan faktor ekonomi syarikat.

Apa yang kamu perlu lakukan adalah, terima mesej perletakan jawatan dengan tenang dan cuba jaga hubungan bersama majikan.

Ini adalah kerana kemungkinan setelah syarikat kembali pulih majikan mungkin akan memanggil kamu masuk bekerja semula, jadi tidak ada salahnya kamu menjaga hubungan bersama majikan untuk matlamat jangka panjang.

Diharap buat mereka yang hilang mata pencarian semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di negara kita dapat terus bersabar dan terus berusaha mencari mata pencarian yang baru.

Rujukan: 1, 2,

The post Hilang Pekerjaan Masa PKP, Ini Yang Kamu Perlu Buat appeared first on Wanista.com.

(Visited 5 times, 1 visits today)