HFMD Dah Mula Menyerang, Tolonglah Perhatikan Anak-anak Kalau Risau Terkena Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut..

Baru-baru ini media sosial dihujani dengan info tentang HFMD, sejenis penyakit tangan, kaki dan mulut yang biasanya menyerang anak-anak berumur 10 tahun ke bawah.

Tetapi tak pelik ya, orang dewasa pun ada yang jadi mangsa penyakit ini. Kalau si kecil yang kena, kesannya anak sampai tak mahu menyusu atau makasebab kudis dalam mulut yang sangat menyakitkan.

Jadi sebelum anak-anak jadi mangsa, mak ayah sila ambil peduli macam mana tanda-tanda awal dan apa yang patut buat dengan menggali ilmu daripada Dr Ezairy M.Sallih ini…

Ramai antara kita yang amat risau dengan penyakit ini. Bagaimana langkah pencegahan dan apa pula rawatan terbaik? Apa bahayanya kepada anak-anak?

  1. Sejenis jangkitan virus

Hand, foot and mouth disease adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus coxsackie(cox A16) atau enterovirus (EV 71)

  1. Simptom yang perlu diberi perhatian

Perhatikan jika anak-anak anda mengalami gejala seperti

demam
ruam
ulser dalam mulut
lepuh (blister) pada tapak tangan dan kaki.
hilang selera makan

Ini semua adalah simptom biasa yang ditemui oleh kanak-kanak yang mengalami HFMD.

  1. Hati-hati dengan kaedah jangkitan

HFMD mudah berjangkit melalui beberapa cara. Ini termasuk air liur, cecair daripada lepuh (blister) pada anggota tubuh, sentuhan najis dan juga sentuhan permukaan yang disentuh oleh pesakit seperti alat permainan, alatan di dalam rumah dan sebagainya.

Oleh itu, hati-hati!

  1. Kawal dan asingkan anak-anak

Ini penting. Sebaik sahaja doktor sahkan anak anda mengalami jangkitan HFMD, jangan bawa mereka ke sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak. Ini akan menyebabkan jangkitan mudah merebak kepada kanak-kanak lain.

  1. Rawatan terbaik

Kes HFMD yang dikenalpasti peringkat awal dan biasanya akan mampu sembuh dengan sendirinya. Namun, sekiranya anda menemui gejala yang saya sebut di atas, segera bawa ke hospital untuk rawatan yang sepatutnya.

Jangan biarkan sendiri di rumah tanpa nasihat dan pemantauan oleh doktor.

  1. Kebersihan rumah sebagai pencegahan

Ini pun penting. Penyebaran jangkitan HFMD amat berkait rapat dengan faktor kebersihan diri dan persekitaran. Ia lebih mudah berjangkit pada persekitaran ramai orang dan sesak. Pastikan rumah bersih dan elak ke tempat ramai orang.

Haaa… jangan baca saja ya, mohon sebarkan kepada mak ayah yang lain untuk langkah berjaga-jaga. Jom sama-sama cegah sebelum anak-anak merana!

Video Untuk panduan ibu bapa mencegah penyakit HMFD :

Sumber : Mingguan Wanita

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 102 times, 1 visits today)