Harga Durian Runtuh, Lebih 900 Produk IKEA Malaysia Tengah Sale Bermula Hari Ini!

Sebut sahaja IKEA, pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah membayangkan variasi barang perabot dan perhiasan rumah yang terdapat di sini bukan? Berita baik untuk anda yang merupakan peminat tegar barangan rumah IKEA, mereka sedang menjalankan jualan harga durian runtuh untuk lebih 900 produk.

Promosi ini sudah berlangsung bermula hari ini sehingga 26 Julai ini!

LEBIH 900 PRODUK IKEA TURUN HARGA!

Bukan sahaja potongan harga untuk perabot tetapi ia juga termasuk untuk hidangan istimewa seperti Salted Egg Fish & Chips, Chicken Balls, Almond Cake, dan Green Salad. Set makanan ini berharga RM26.90 dan hanya tersedia untuk dine-in dan take-away.

Sebelum mula shopping, pastikan anda mendaftar sebagai ahli IKEA FAMILY secara percuma di sini atau di kiosk IKEA FAMILY di mana-mana gedung IKEA untuk ganjaran lebih lumayan lagi. Buat ahli IKEA FAMILY pula akan menikmati diskaun tambahan 10% untuk semua barang jualan kecuali tilam semasa membeli-belah di gedung.

Jom! Kita serbu IKEA!

Sumber: IKEA Malaysia

(Visited 3 times, 1 visits today)