Gigi Hadid Hamil Anak Pertama Dengan Kekasihnya Zayn Malik

Awal pagi hari ini kecoh dengan berita supermodel Gigi Hadid dikhabarkan sedang hamil hasil hubungannya dengan kekasih hati Zayn Malik.

Menurut laporan TMZ, Gigi hampir memasuki kehamilan pertamanya pada 20 minggu. Walau bagaimanapun, pihak mereka berdua masih belum mengesahkan laporan tersebut dan mengambil pendekatan mendiamkan diri sahaja.

Foto – E! News

Gigi berserta keluarga sekarang ini sedang kuarantin di ladang peribadi mereka di Pennsylvania. Zayn juga turut sama kuarantin di sana, dia bahkan membuat penampilan yang jarang berlaku di Instagram model itu.

View this post on Instagram

❣️🍰

A post shared by Gigi Hadid (@gigihadid) on

Pasangan on-and-off itu telah kembali bersama pada bulan Disember 2019. Gigi dan Zayn ditemui bersama pada tahun 2015 dan mula rapat. Menjelang tahun 2016, Gigi muncul dalam muzik video Zayn berjudul “Pillowtalk” dan mereka menghadiri Met Gala bersama-sama, menjadikannya penampilan karpet merah pertama sebagai pasangan kekasih.

Foto – Pinterest

Siapa sangkakan hubungan Gigi dan Zayn sangat kukuh. Wanista doakan pasangan merpati sejoli ini bahagia.

RUJUKAN

The post Gigi Hadid Hamil Anak Pertama Dengan Kekasihnya Zayn Malik appeared first on Wanista.com.

(Visited 32 times, 1 visits today)