Garis Panduan Solat Jumaat, Solat Jemaah Di Masjid & Surau Zon Hijau Sepanjang PKPP

Warga Wilayah Persekutuan boleh menarik nafas lega apabila semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam zon hijau di kawasan ini akan dibuka bagi solat Jumaat dan solat berjemaah mulai esok. Menurut laporan Sinar Harian, bilangan jemaah diperluas kepada bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti dewan solat utama.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketetapan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ikut Garis Panduan Solat Jumaat & Solat Berjemaah

Walaubagaimanapun, dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setiap jemaah harus mengikut garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah.

Antara garis panduan yang ditetapkan ialah:

– Kapasiti ditambah secara berperingkat dari semasa ke semasa

– Pembukaan dimulakan bagi warganegara terlebih dahulu

– Muslimah dibenar untuk ke masjid & surau dengan syarat bersama mahram

– Warga emas yang sihat dibenarkan hadir

– Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, jemaah bergejala & menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir

– Ruang tertentu dibukan untuk mereka yang singgah solat seperti musafir, pemandu dan rider e-hailing

– Kuliah Maghrib dan kuliah Subuh boleh dijalankan dengan mematuhi syarat

– Jamuan makan selepas kuliah tidak dibenarkan

– Akad nikah boleh dijalankan di masjid

Menurut Dr Zulkifli lagi, Jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau dibenarkan melantik sukarelawan dalam kalangan jemaah bagi membantu kawalan sebelum dan selepas solat.

Sumber : Sinar Harian

(Visited 5 times, 1 visits today)