Gara-Gara Pressure Cooker Meletup, Habis Melecur Satu Badan

Perkongsian para suami yang memasak juadah berbuka setiap hari sepanjang Ramadhan ini menjadi salah satu perkara yang menarik untuk dilihat. Perkongsian melalui salah satu group di laman Facebook iaitu Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) itu mendapat perhatian ramai suami dan bakal suami diluar sana.

Bukan sahaja perkongsian juadah dan juga resepi yang dikongsi disitu, ada juga perkara perkara yang melucukan juga dikongsi oleh para suami di Facebook itu. Antara yang menarik perhatian, perkongsian yang dibuat oleh Shah Shahrolnizam dimana dia telah berkongsi kejadian yang menimpa dia akibat dari penggunaan pressure cooker. Habis melecur dibuatnya.

Badan Melecur Akibat Pressure Cooker Meletup

Assalamualaikum semua SMAHI

Ni saya nk cerita sikit. Benda ni terjadi pada tahun lepas. 3bulan sebelum majlis nikah saya. Terjadi pada bulan 8 (26/08/19) jam 10:35am. Waktu tu saya tengah siapkan oder catering utk 40pax di cafeteria saya di bangsar. Nak setup catering pkul 11pagi. Jadi keadaan semakin singkat. Agak sedikit rushing disitu. nak dijadikan cerita, saya baru beli Pressure Cooker. Di manual book tulis, after bunyi “wisel” boleh bukak. Maknanya dah settle lah masak. Ohh saya rebus daging waktu tu. Lupa nak cakap. After wisel bunyi, saya still lagi tarik button wisel tu utk keluarkan pressure dalam tu.

Then lepas dah sette tarik button tu angin xklur lagi so dah xde pressure lah kan. Pastu saya bukak, bukak punya bukak. Cubaan utk bukak gagal. Dan saya paksa bukak. Paksa punya paksa. BOOMB!! Pressure Cooker tadi meletup. Dan hasil letupan tadi jadi lah mcm ni. Saya mcm org kena simbah asid. Hanya tuhan je yang tahu keadaan saya masa tu. .
Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi, saya sempat dikejarkan ke Klinik berhampiran. Keadaan agak panik waktu tu, saya just sempat cuci muka je masa tu. Dan terus ke Klinik.

P/s: for those yang tak pernah guna pressure cooker atau yang nk beli pressure cooker pastikan ada tahu cara guna dan berhati2 ketika menggunakannya. Para perjuang senduk kuali di dapur. Hati hati lah ketika menjalankan tugas. Pakailah pakaian yang sesuai. Anda yang menjalankan tugas anda yang tahu mengendalikannya.

Buat para-para SUAMI @ bakal suami di luar sana. Pesan lah pada kaum keluarga anda dan perhatikan anak-anak anda dan jauhkan dari anak anda. Ingat kawan-kawan, ini bukan kemalangan. Ini rezeki allah bagi.

Salam Ramadhan Al Kareem pada yang muslim

Sumber : Shah Shahrolnizam

(Visited 47 times, 1 visits today)