Gadis Jepun ini peluk Islam kerana pelik dengan keindahan Islam

Risa Mizuno, seorang perempuan Jepun, yang lahir dalam keluarga yang tidak kenal dengan agama islam.. beliau telah memeluk agama Islam kerana beliau melihat toleransi dan kebaikan akhlak daripada sebuah keluarga Muslim. Beliau memerhati gerak geri muslim dengan sangat lama untuk menyelami tentang apa yang dikatakan tentang Islam

Di Tokyo, anda amat sukar untuk melihat wanita yang memakai tudung, dalam masyarakat di sana kebanyakan rakyatnya mengikuti agama Shinto dan Buddha. Suasana tentang Islam beliau tidak pernah kenal sebelum mengenali Islam secara dekat. Beliau pelik mengapa di dalam Islam perlu memakai tudung dan terdapat beberapa larangan dalam kehidupan muslim.

Setelah memahami Islam, Riza memeluk agama Islam pada akhir November tahun 2015, selepas yakin dengan Islam melalui tunangnya yang beragama Islam. Beliau melihat sendiri keindahan yang ada dalam Islam.

Beliau tahu mengenai Islam untuk pertama kalinya ketika beliau menjadi pelajar di Malaysia dan beliau tinggal bersama di rumah keluarga Islam selama tiga hari di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pengajaran tentang Islam bercirikan belas kasihan, akhlak yang baik dan toleransi, apa yang beliau lihat tentang akhlak dalam sebuah keluarga Islam amat mempersonakan.

Beruntung sungguh beliau memeluk Islam kerana diberi petunjuk. Tidak semua orang cuba untuk menggali apa yang ada dalam islam. Semoga beliau terus Istiqomah dalam Islam. Mungkin anda juga mempunyai pengalaman yang sama melihat non muslim memeluk agama Islam. Mungkin boleh dikongsi dalam ruangan komen.. semoga apa yang kongsi dapat dibaca oleh semua orang

Sumber: islam in Japan

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 405 times, 6 visits today)