[FOTO] Taska Amalkan ‘Social Distancing’ Dapat Pujian Netizen, Terbaik!

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, banyak sektor ekonomi telah pun beroperasi seperti biasa. Ini juga termasuk pusat jagaan anak-anak seperti tadika dan taska dimana ramai dalam kalangan ibu bapa bekerja sudah mula menghantar anak mereka. Namun, apa yang dirisaukan adalah bagaimana untuk terapkan amalan social distancing dalam kalangan anak-anak yang masih kecil ini.

Perkongsian seorang ibu di laman media sosial hari ini menunjukkan sebuah taska telah mengamalkan penjarakan sosial dalam kalangan anak-anak. Memang bagus!

TASKA AMALKAN SOCIAL DISTANCING

Social distancing kat taska Ejazz. Bagusnya anak-anak semua. Dengar cakap teacher. Tenang hati Bonda pergi kerja macam ni. Semoga semua anak-anak kat taska sentiasa dilindungi daripada virus jahat Covid-19.

Thank you teachers!

TERBAIKLAH!

Apa yang boleh kita lihat adalah, taska ini telah menempatkan kanak-kanak di dalam satu petak kawasan dengan jarak 1 meter dari setiap seorang. Bukan itu sahaja, di ruang petak tersebut, mereka turut dilengkapi dengan alat permainan sendiri.

Menarik perhatian orang ramai adalah tahap kepatuhan yang diberikan oleh kanak-kanak di taska ini juga dipuji. Duduk diam sahaja di kawasan masing-masing sambil bermain.

*Ini adalah langkah positif yang boleh kita contohi. Ingat, terus amalkan penjarakan sosial dan kerap cuci tangan dengan sabun ya!

Sumber: Nurrulakhira Azman

Recommended for you

(Visited 23 times, 1 visits today)