Enam Menu Telur Dadar, Guna Aje Apa Yang Kat Dapur Tu…

Tidak sah jika tidak ada hidangan telur, selain telur dadar biasa, banyak lagi olahan telur yang boleh dijadikan sajian lazat. Pilih sahaja yang mana satu pilihan kamu.

Sesuai musim PKP ni, menu yang cepat dimasak dan sedap dimakan pasti menjadi pilihan terbaik. Lagi pula kosnya sangat murah dan tidak perlu dok dapur lama-lama.

1. TELUR GULUNG

BAHAN-BAHAN:

  • Telur 4biji (ikut la nak guna 2,3bj)
  • Cili besar merah 2biji *
  • daun bawang sikit *
  • Daun sup sikit*
  • Carrot*
  • maggie cukup rasa
  • Garam

CARA MEMASAK:

Cincang halus/potong dadu bahan2 bertanda *
masukkan telur,maggie cukup rasa n garam.Kacau sampai sebati,dah boleh masak.(tengok video senang)
potong ikut suka hehe..siap dah boleh makan.

Jom la cuba anak2 pun mesti suka

Kredit resipi: Faizah Rosdi

2. TELUR BISTIK

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur
  • Ayam/daging – potong dadu
  • 1/2 biji bawang merah besar – hiris
  • 1 biji bawang merah kecil – cincang halus
  • 2 biji bawang putih – cincang halus
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
  • Gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).
  2. Tambahkan sedikit garam.
  3. Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
  4. Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
  5. Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
  6. Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.
  9. Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
  10. Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.

Kredit resipi: Azlan Rumadi

3. TELUR DADAR DAGING GULUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 50ml santan
  • 1 batang daun bawang | dihiris halus
  • 50gm daging kisar
  • 50gm sayur buncis | dihiris halus
  • 1 biji cili merah |buang biji dan dicincang kasar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak

CARA MEMASAK ISI TELUR DADAR

  • Panaskan minyak di atas api sederhana dan tumis 1 batang daun bawang, 50 gram buncis, 1 batang cili merah, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, 50 gram daging kisar dan 1/4 sudu teh garam sampai berubah warna kemudian diangkat dan ketepikan.

CARA MEMASAKKULIT TELUR DADAR GULUNG

  • Pukul 4 biji telur lalu tambahkan 1/2 sudu teh garam, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, dan 50 ml santan sampai sebati.
  • Kemudian Panaskan 1/2 sendok teh minyak goreng di atas api sederhana. lalu tuang sedikit-demi sedikit adunan telur sampai setengah masak dan taburi dengan isian yang tadi, letakkan secukupnya lalu gulungkan.
  • Diamkan beberapa saat sampai kulit dadar telur masak dengan sempurna
  • Dadar gulung telur siap di sajikan
  • Di anggarkan 5 buah dadar gulung

Kredit resipi: giladonut

4. MUFFIN TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 1 biji cili merah dihiris nipis,, nak cincang pun boleh
  • 1 labu bawang besar.. (nak campur letak bawang merah pun boleh, tambah wangi)
  • 1 biji tomato yang dipotong dadu
  • Jika suka boleh masukkan ayam kisar/sosej/daging cincang/kentang/lobak merah
  • 1/2 cawan keju cheddar
  • Acuan muffin
  • Sedikit garam dan lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Oleskan acuan muffin dengan butter
  2. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang
  3. Pukul 4 biji telur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah.
  4. Sementara itu panaskan oven 200 darjah celsius dan tuangkan adunan telur tadi ke dalam acuan muffin, taburkan cheese sebagai topping.
  5. Bakar di dalam oven sehingga keperangan.
    Siap… mudah dan ringkas!

Sumber: https://pinkbubblegumprincess.blogspot.co.id/…/bergambar-re…

5. TELUR HONG KONG

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji Telur ayam
  • 4 biji telur padi @ century egg
  • 4 biji telur masin
  • 4-5 tangkai daun sup (dipotong kecil)
  • 4-5 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
  • 1 biji cili merah besar (dicincang halus)

CARA MEMASAK:

1. Rebus telur masin dan potong kecil.
2. Telur padi dipotong kecil.
3. Kacau telur ayam dan masukkan daun sup, daun bawang, dan cili merah besar.
4. Susun separuh daripada telur masin dan telur padi ke dalam acuan. Separuh lagi diletak ke dalam adunan telur ayam tadi.
5. Gaul rata adunan telur ayam. Jangan terlampau kasar, takut tekstur telur masin dan telur padi rosak.
6. Tuang adunan telur ayam ke dalam acuan yang telah disusun telur padi dan telur masin tadi. Kemaskan adunan.
7. Kukuskan adunan tersebut lebih kurang 30-40 minit.
8. Siap dihidang.

Source: http://luarteko.blogspot.co.id/…/resepi-telur-hongkong-muda…

6. TELUR DADAR CENDAWAN & SALMON

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan isi ikan salmon – baki dari berbuka puasa
  • 3 biji telur
  • 6 cendawan tiram – saiz besar
  • 5 kacang buncis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • Sedikit parutan keju cheedar dan parmesan – 1/2 cawan

CARA MEMASAK :

  1. Racik halus bawang merah dan bawang putih, siat cendawan serta potong nipis-nipis kacang buncis . Ikan salmon ni di grill . Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan garam serta serbuk lada hitam secukup rasa bersama hirisan daun bawang .
  2. Panaskan butter atau minyak sayur secukupnya dalam frying pan . Masukkan semua bawang dan goreng sampai wangi dan layu kemudian masukkan isi ikan salmon bersama cendawan dan kacang buncis kacaus ampai sayur masak . Masukkan semua telur dadar dan tutup frying pan , guna kan api dapur saiz kecil atau sederhana . Bila dah nak masak boleh ditabur keju parmesan dan cheedar , tutup semula frying pan . Buka tutup tudung dan terbalik kan telur dadar ni supaya sebelah lagi telur dadar masak . Bila dah masak boleh la ditutup apid apur dan dihidangkan.

Sumber: http://resepinannie.blogspot.com/…/telur-dadar-cendawan-n-s…

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Sambal Telur Puyuh Petai Bersantan, Memang Sedap Tak Terkata

The post Enam Menu Telur Dadar, Guna Aje Apa Yang Kat Dapur Tu… appeared first on RASA.

(Visited 5 times, 1 visits today)