Enaknya Agar-Agar Gula Merah, Nikmat Dimakan Ketika Sejuk

Ada yang teringin makan makanan yang manis-manis? Enak juga kalau dapat makan agar-agar gula merah. Lebih sedap jika dimakan sejuk, nikmatnya terasa di tekak. Mudah sahaja cara penyediaan agar-agar ini, ikut sahaja resipi yang dikongsi oleh Mizah Ngatiman ini.

RESIPI AGAR-AGAR GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 18gm agar-agar tali
  • Daun pandan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula merah
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 kotak kecil santan
  • 5 cawan air
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN:

1. Masak air dan agar agar hingga larut. Simpulkan daun pandan sekali.

2. Masukkan gula merah.

3. Masukkan gula pasir. Kacau hingga semua hancur.

4. Sementara itu, satukan santan, telur dan garam. Kacau sebati.

5. Dah hancur gula tadi, tutup api dan tapis.

6. Masuk semula gula tadi ke dalam periuk dan masak lagi.

7. Selepas itu, masukkan santan yang sudah dikacau sebati sebentar tadi.

8. Sentiasa kacau supaya santan tidak bergentel. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api dan sedia untuk dituang ke dalam loyang.

9. Tips, basahkan loyang terlebih dahulu supaya mudah untuk diterbalikkan. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras.

10. Selepas keluar dari peti, sisipkan sedikit bahagian tepinya. Kemudian terbalikkan.

11. Siap dipotong! Wangi. Cukup manis lemak rasanya.

Jika anda mencari barangan rumah, boleh cari DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: MIZAH NGATIMAN

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

The post Enaknya Agar-Agar Gula Merah, Nikmat Dimakan Ketika Sejuk appeared first on RASA.

(Visited 3 times, 1 visits today)