Dua Lipa Ajar Kekal Cergas Dengan Video Workout “Physical” Yang Fun!

Duduk rumah sepanjang PKP, bukan alasan untuk anda terus bermalasan dengan langsung tidak mengeluarkan peluh, apatah lagi workout atau melakukan senaman ringan.

Sebab utama ramai tak suka workout kerana ia satu aktiviti yang bosan. Jadi bagaimana nak membuatkan ia tidak bosan, dan paling penting anda terhibur dan teruja?

Dua Lipa adalah Jurulatih korang!

Dua Lipa yang muncul dengan lagu baru berjudul “Physical” berentak muzik 80-an mencuri perhatian netizen dengan konsep video senaman aerobik yang menyeronokkan.

Video colourful dengan warna neon menampilkan Dua memakai bodysuit dan beberapa penari melakukan senaman kardio mudah. Tetapi sebelum memulakan sesi pemanasan, Dua sempat berdialog – “Hey, I’m Dua. And I’ll be your instructor today. Let’s start with a breathing exercise. Inhale. And exhale.”

Foto – Youtube Dua Lipa

Bagi anda yang dambakan perut kempis serta ingin hilangkan lemak di badan di samping kekal cergas, ikuti langkah-langkah senaman aerobik yang ditunjukkan dalam video ini. Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sehari dan anda akan dapat melihat sendiri hasil yang memuaskan. Bukan sahaja lemak di perut hilang, tetapi otot badan juga akan tampak lebih tone dan cantik.

Atau kalau tak puas lagi, ikut sahaja langkah menari menerusi Aplikasi Just Dance Now yang sedang hangat sekarang ini.

Foto – Moby Games

Boleh bersenam satu keluarga dan kekal berpeluh #DudukRumah!

The post Dua Lipa Ajar Kekal Cergas Dengan Video Workout “Physical” Yang Fun! appeared first on Wanista.com.

(Visited 15 times, 1 visits today)