DIY Rak Untuk Botol Sos, Modal Cuma RM10 Tapi Hasilnya Dapur Jadi Kemas

Meski terasa remeh memikirkannya tapi atur letak botol-botol sos untuk kegunaan memasak dan penyedap hidangan yang ada banyak di dapur boleh menyebabkan ruang memasak nampak serabut jika tidak disimpan dengan betul.

Takkan semuanya mahu disumbat dalam peti sejuk kan. Jika anda tiada idea untuk susun letak barang ini, antara penyelesaian yang boleh kita lakukan adalah dengan meletakkannya di atas rak seperti yang dilakukan oleh Noriza Zainal Abidin. .

Bermodal RM10.50 dengan bahan-bahan yang dibeli di kedai Eco, dia menghasilkan rak ringkas tapi punya banyak kegunaan untuk penyimpan botol sos dan juga roti.

Cara membuatnya juga mudah, tak perlu suruh suami pun kita sendiri boleh buat! Boleh ikut langkah ini ya.

1. Bahan yang diperlukan

1 batang kayu mop
2 kayu hiasan dinding
2 papan pemoton jenis kayu

Total: 5 barang x RM2.10 = RM10.50

2. Potong kayu mop sama panjang dengan papan pemotong.

3. Buang plastik pada kayu mop kemudian paku kayu mop dengan papan hiasan.

4. Paku lagi satu bahagian.

5. Hasilnya begini, papan pemotong akan menjadi tapak rak. Paku kiri dan kanan.

6. Paku satu lagi papan pemotong jika mahu jadikan rak dua tingkat. Paku juga kayu mop di bahagian tepi untuk dijadikan penghadang.

Dah siap! Boleh buat setingkat atau dua tingkat.

Kegunaan, boleh letak pelbagai jenis botol sos, roti bersama jem, kaya, marjerin dan sebagainya. Atau boleh juga dijadikan tempat letak serbuk rempah sama ada dalam paket dan botol kecil.

Sumber:

Noriza Zainal Abidin

The post DIY Rak Untuk Botol Sos, Modal Cuma RM10 Tapi Hasilnya Dapur Jadi Kemas appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 25 times, 1 visits today)