Datuk Chef Wan Dan Naqiu Masak Nasi Tomato & Ayam Masak Merah, Imbau Nostalgia Ramadan

Dah menonton Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua, episod kelima di Astro Prima dan Prima HD petang tadi.

Kali ini memaparkan gelagat Datuk Chef Wan bersama artis jemputam penyanyi terkenal Naiqiu Boboy atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin bin Mohd Najib. Naqiu tak kering gusi melihat gelagat Chef Wan.

Penyanyi yang makin meletop letop selepas memenangi Juara bersama Gegar Avanza 2019 yang juga bapa kepada lima cahayamata ini terus bersinar kembali dalam industri seni.

Huh, teruja tak tengok Naqiu berkongsi dapur dengan Datuk Chef Wan memasak masakan yang mengimbau nostalgia ramadan Naqiu iaitu Nasi Tomato, Ayam Sambal @ Ayam Masak Merah dan tak ketinggalan kuih tradisional Koleh Kacang.

Banyak juga rahsia dan cerita menarik yang dikorek Chef Wan tadi dari Naqiu.Yang pasti Naqiu cukup berminat dengan ilmu memasak yang diturunkan Chef Wan.

Nak resipi lauk pauk dan kuih yang dimasak tadi, jom catat resipi yang dikongsikan RASA ini, jangan lupa mencuba ya. Selamat Berbuka.

1. NASI TOMATO


BAHAN-BAHAN :

  • 125ml minyak sapi
  • 1 labu bawang merah besar | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 15 biji bawang merah kecil | dihiris
  • 2 serai | dititik
  • 2 sudu makan pes tomato
  • 4 sudu makan kismis | dikisar
  • 15 biji badam
  • 3 biji buah pelaga
  • Halia
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Tomato dadu
  • 2 kulit kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 500 ml stok ayam
  • 4 sudu besar susu sejat
  • 3 sudu makan air mawar
  • 2 helai pudina | dicincang kasar
  • 500gm beras basmathi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan Hiasan:

  • Bawang Goreng
  • Kismis
  • Daun pudina
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Kacang pis

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak sapi
2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, dan kulit kayu manis.
3. Kemudian masukkan bawang merah besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia, serai, dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan daun pandan, tomato dadu, kismis, badam, pes tomato dan beras. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan daun pudina, stok ayam, susu sejat, garam dan gula. Biarkan nasi sehingga masak.

2. AYAM SAMBAL @ AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam | dipotong 8
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 250ml minyak masak
  • 125ml sos tomato
  • 1 labu bawang merah besar | dihiris membulat
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 3 sudu besar cili kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Bahan hiasan:

  • Bijan putih
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar

CARA MEMASAK :
1. Kisarkan bahan kisar.
2. Sapukan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam.
4. Tinggalkan sedikit minyak.
5. Tumis bahan kisar, masukkan garam dan gula.
6. Masukkan ayam dan sos tomato.
7. Akhir sekali taburkan bahan hiasan.

3. KUIH KOLEH KACANG


BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
  • Beberapa helai daun pandan disimpul
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :
1. Masak 1 cawan santan dan air sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sudu besar lebihan minyaknya dalam kuali.
2. Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.
3. Satukan tepung kacang hijau, santan pekat, garam dan daun pandan dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.
5. Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.

TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI

Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.

Esok saksikan resipi dan aksi menarik Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan bersama dramatis hebat Didie Alias. Sure kecoh.

Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Sajian Terbaik 4 Aneka Nasi Arab dan Mediterranean Paling Sedap

ATAU VIDEO RESIPI INI :

The post Datuk Chef Wan Dan Naqiu Masak Nasi Tomato & Ayam Masak Merah, Imbau Nostalgia Ramadan appeared first on RASA.

(Visited 14 times, 1 visits today)